Dunia Islam
Istilah Dunia Muslim, juga dikenali sebagai Dunia Islam atau Ummah (Arab: أمة , bermaksud "negara" atau "masyarakat"[1][2]) memiliki makna yang berbeza. Dari segi agama, Ummah Islam merujuk kepada mereka yang berpegang pada ajaran Islam, iaitu Muslim. Dari segi budaya, Ummah Muslim merujuk kepada kebudayaan Islam, tidak termasuk penduduk bukan Islam yang tinggal dalam kebudayaan tersebut.Pada zaman geopolitik moden, istilah "negara Islam" biasanya merujuk kepada negara, negeri, daerah atau bandar bermajoriti Muslim.
Meskipun gaya hidup Islam menekankan perpaduan dan mempertahankan saudara Muslim, sekolah dan mazhab (lihat hubungan Sunni-Syiah, sebagai contoh) wujud. Dahulunya, kedua-dua Pan-Islamism dan nasionalis mempengaruhi status sebagai Timur Tengah Agung.
Setakat tahun 2015, lebih daripada 1.7 bilion atau sekitar 23.4% daripada penduduk dunia adalah Muslim[3] termasuk 4.4% yang hidup sebagai minoriti. Mengikut peratusan daripada jumlah penduduk di kawasan yang menganggap mereka adalah seorang Muslim, 24.8% tinggal di Asia–Oceania ,[4] 91.2% di Timur Tengah–Afrika Utara,[5] 29.6% di Sub-Sahara Afrika,[6] sekitar 6.0% di Eropah,[7] dan 0.6% di Amerika.[8][9][10][11]
Sejarah
Pemerintahan
Ketika dunia Islam menghadapi ideologi sekular, masyarakat Islam bertindak balas dengan cara yang berbeza. Beberapa negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam menjadi sekular. Azerbaijan menjadi republik sekular pertama dalam dunia Islam, antara tahun 1918 dan 1920, sebelum dimasukkan dalam Kesatuan Soviet.[12][13][14] Turki juga kemudiannya diperintah sebagai sebuah negara sekular sejak diubah oleh Mustafa Kemal Atatürk.[15] Sebaliknya, berlakunya Revolusi Iran 1979 yang menggantikan pemerintahan monarki semisekular menjadi Republik Islam yang dipimpin oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini.[16][17]
Sebahagian negara pula mengisytiharkan Islam sebagai agama negara. Di kebanyakan negara tersebut, undang-undang masih mengamalkan sekular. Hanya urusan yang melibatkan peribadi yang berkaitan harta pusaka dan perkahwinan yang diuruskan menggunakan undang-undang Islam.
Negara Islam
Negara Islam menjadikan Islam sebagai asas bagi negara dan perlembagaan..
Agama negara
Berikut merupakan negara majoriti penduduk Islam yang menjadikan Islam sebagai agama negara dan menjamin kebebasan beragama kepada penduduknya, serta tidak menyatakan pemisahan antara agama dan negara.:
- Algeria[18][26]
- Bahrain[27]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan]
- Brunei[18][28]
- Comoros[29]
- Djibouti[30]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan]
- Mesir[18][31]
- Iraq[18][32]
- Jordan[18][33]
- Kuwait[18][34]
- Libya[18][35]
- Malaysia[18][36]
- Maldives[18][37]
- Maghribi[18][38]
- Negara Palestin[perlu rujukan]
- Qatar[39]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan]
- Templat:Country data Sahrawi Republic[40][tiada dalam ayat yang diberikan]
- Somalia[18][41]
- Tunisia[18][42]
- Emiriah Arab Bersatu[18][43]
Tidak jelas atau tidak diumumkan
Berikut merupakan negara yang neutral di mana perlembagaan atau pengumuman rasmi mengenai status agama tidak dinyatakan.
Negara sekular
Negara sekular dalam dunia Islam mengisytiharkan pemisahan antara urusan pemerintahan dan agama.- Albania[18][48]
- Azerbaijan[18][49]
- Bosnia dan Herzegovina[18][50]
- Burkina Faso[18][51]
- Chad[18][52]
- Gambia[18][53]
- Guinea[18][54]
- Guinea-Bissau[55]
- Indonesia[18][56]
- Kazakhstan[18][57]
- Kosovo[18][58]
- Kyrgyzstan[18][59]
- Lubnan[18][60][61]
- Mali[18][62]
- Niger[18]
- Nigeria[18][63]
- Senegal[18][64]
- Sierra Leone[18][65]
- Syria[66]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan]
- Tajikistan[18][67]
- Turki[18][68]
- Turkmenistan[18][69]
- Uzbekistan[18][70]
Lihat juga
Rujukan
Ralat petik: Tag <ref>
untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/>
yang sepadan tidak disertakan