El Cid

Rodrigo Díaz de Vivar (s. 1043 atau 1048[1]  – 10 Julai 1099) seorang kesateria dan panglima perang dari Kerajaan Castilla; para orang Moor yang mengenalinya menjoloknya gelaran El Cid yang bermaksud "Tuan" atau "Sayid" (pinjaman bahasa Arab السَّيِّد) manakala orang Kristian memanggilnya El Campeador, "Tuan Medan [Perang]" dalam bahasa Sepanyol Lama.

Rodrigo Díaz de Vivar (El Cid)
Putera Valencia
Gambaran El Cid di buku
Retratos de Españnoles Ilustres (1791)
Putera Valencia
Pemerintahan1094 – 1099
Kemahkotaan1094
Diikuti olehJimena Díaz
KeputeraanRodrigo Díaz
s. 1048
Vivar, Burgos
Kemangkatan10 Julai 1099 (aged around 56)
Valencia
PemakamanKatedral Burgos
PasanganJimena Díaz
AnakandaDiego Rodríguez
Cristina Rodríguez
María Rodríguez
AyahandaDiego Laínez
TandatanganTandatangan Rodrigo Díaz de Vivar (El Cid)

Beliau disanjung tinggi selepas meninggal dunia sehingga dijadikan pahlawan atau wira negara Sepanyol. Riwayat hdupnya turut diabadikan dalam puisi epik El Cantar de mio Cid - karya sastera Sepanyol Lama tertua yang masih terselamat.[2]

Awal hidup

Beliau diketahui lahir pada abad ke-19, namun tahun tepat kelahiran beliau pernah berbeza-beza bergantung kepada catatan dikaji para sejarawan sama ada pada 1041 (menurut Menéndez Pidal) atau 1057 (menurut Ubieto Arteta), walaupun ada perkiraan yang lebih menunjukkan kelahiran Rodrigo sekitar dianggarkan antara 1045 dan tahun 1050; Martínez Díez pula menghitung tarikh kelahirannya sekitar tahun 1048.[1]

Tempat kelahirannya pula dikenalpasti secara tradisinya di en Vivar del Cid, sebuah bandar 10 km jauh dari Burgos - butiran ini tidak dapat disahihkan atas kurangnya sumber kontemporari kukuh tapi ia lebih didasarkan kepada penceritaan sajak Cantar de mio Cid yang dinukilkan sekitar 1200;[3] malah sumber pertama yang menyatakan Vivar sebagai tempat lahir beliau ialah pada suatu nukilan abad ke-14 dalam bentuk sajak berjudul Mocedades de Rodrigo.[4]

El Cid mendapat pengajiannya dalam kalangan hakim-hakim tinggi Castile. Beliau turut diperkenalkan Raja Ferdinand I kepada puteranya Sancho II; Rodrigo tidak sahaja menjadi sahabat Sancho,[5] malah juga menjadi setindak orang kanan putera tersebut.

Di bawah khidmat Sancho II

Saat Ferdinand meninggal pada tahun 1065, Sancho II melanjutkan cita-cita ayahandanya memperluas daerah kekuasaannya dengan menaklukkan daerah-daerah Kristian di Zamora dan kota Moor Badajoz. Pada tahun 1067, Rodrigo berkhidmat telah bertarung di sisi Sancho menghadapi benteng Muslim di Zaragoza sehingga berjaya mengalahkan balatentera Ahmad al-Muqtadir sambil amir tersebut dijadikan hamba Sancho.

Pada musim bunga 1063, Rodrigo juga mengikuti peperangan di Peperangan Graus di mana saudara jauh Ferdinand, Ramiro I dari Aragon, telah mengepung kota Graus diduduki kaum Moor yang ditempatkan dalam tanah milik kerajaan Zaragoza.[6][7][8] Tentera kuat Rodrigo di bawah payung Sancho II bertarung para orang-orang Aragon yang dipimpin oleh Ramiro. Ramiro terkorban dalam pertempuran ini namun El Cid meneruskan perjuangan baginda lalu berjaya dalam peperangan tersebut lagi-lagi dengan rasa takutnya pihak Aragon yang berundur hasil penumpasan Ramiro. Salah satu legenda mengatakan bahawa selama pertarungan, El Cid membunuh seorang kesatria Aragon dalam sebuah pertarungan saja, di mana khabar dahsyat tersebut meraihnya gelaran yang sangat terhormat iaitu El Campeador.

Khidmat beliau sangat digemari Raja Sancho II sepanjang zaman pemerintahan baginda sehingga beliau dikurniakan kebenaran berjata sendiri (armiger regis atau armígero real) oleh raja tersebut - pengurniaan jata sebegini pada zaman Raja Sancho dianggap sebagai penaikan taraf kesateria muda kepada palatin yang berkeistimewaan tersendiri.[9][10]

Di bawah khidmat diraja Alfonso VI

Sancho II mati ditikam seorang bangsawan penyokong Urraca de Zamora - adinda Alfonso VI yang menguasai León - tidak lama selepas Pertempuran Golpejera; kuasa-kuasa Castilla dipimpin Sancho, Galicia pimpinan García III dan León pimpinan Alfonso VI saling merebut peluang meluaskan pengaruh mereka di tanah Sepanyol yang turut mendorong peperangan ini. Motif pembunuhan ini dipandang berspekulatif di mana ada pihak yang menyatakan pembunuhan tersebut hasil suatu kesepakatan antara Alfonso dengan Urraca, namun ia sukar dibuktikan sejarawan memandangkan Alfonso dalam buangan pada ketika itu.[11]

Hubungan Alfonso dengan Rodrigo pada ketika ini amat baik,[12] namun Alfonso ada mempunyai rasa tergugat terhadap kedudukan Rodrigo - kurniaan armiger regis Rodrigo dicabut oleh Alfonso dan diberikan kepada pesaing beliau, García Ordóñez. Beberapa saat kemudian dalam tahun yang sama, adik Alfonso, Garcia, kembali ke Galicia dengan berpura-pura akan mengadakan suatu sidang.

Di bawah khidmat Moor

Penaklukan Valencia

Patung memperingati El Cid di pusat bandar Burgos, Sepanyol.

Senja hidup

Rodrigo dan isterinya Jimena Díaz hidup damai di Valencia selama lima tahun. Pihak Murabitun menyerang kota ini tidak lama selepas itu - beliau meninggal dunia barangkali akibat kebuluran yang dialami berikutan pejarahan ini[13] pada 10 Julai 1099.[13]

Mayatnya kini dikebumikan di suatu makam dalam Katedral Burgos.

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno