Eric Dier

Eric Jeremy Edgar Dier (lahir 15 Januari 1994) merupakan seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur dan pasukan kebangsaan England di posisi pertahanan tengah atau pertahanan kanan.

Eric Dier
Dier bermain untuk England B19 pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuhEric Jeremy Edgar Dier[1]
Tarikh lahir (1994-01-15) 15 Januari 1994 (umur 30)
Tempat lahirCheltenham, England
Ketinggian6 ft 2 in (1.88 m)[2]
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Tottenham Hotspur
Nombor15
Kerjaya remaja
2003–2012Sporting CP
2011Everton (pinjam)
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2012–2014Sporting CP B16(2)
2012–2014Sporting CP26(1)
2014–Tottenham Hotspur155(10)
Pasukan kebangsaan
2011England B181(0)
2012–2013England B198(0)
2013–2014England B206(0)
2013–England B219(0)
2015–England40(3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 Jun 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 Jun 2019 (UTC)

Selepas berpindah ke Portugal semasa masih seorang kanak-kanak, dia memulakan kariernya di akademi Sporting CP, menembusi pasukan B kelab itu dan kemudiannya pasukan utama selepas dipinjamkan ke Everton. Pada bulan Ogos 2014, dia berpindah ke Tottenham dengan yuran £4 juta.

Walaupun mendapat minat dari Portugal, Dier ingin mewakili England di peringkat antarabangsa dan telah berbuat begitu di peringkat bawah-21.

Karier kelab

Awal karier

Dilahirkan di Cheltenham, Dier berpindah ke Portugal dari England ketika berumur sepuluh tahun apabila ibunya ditawarkan kerja katering di Portugal ketika UEFA Euro 2004.[3] Bakat bola sepaknya dijumpai oleh guru P.E. sekolahnya, (International Preparatory School) Miguel Silva, yang merujuk dia kepada pencari bakat Sporting. Pada tahun 2010, ibu-bapanya kembali ke England manakala Dier kekal di Portugal, tinggal di akademi Sporting CP.[4] Dier menandatangani terma profesional bersama Sporting pada bulan April 2010. Kelab Portugal itu mengalahkan Arsenal, Tottenham Hotspur,[5] dan Manchester United,[2] untuk mendapatkan tandatangannya. Sporting juga menjual 50% hak ekonomi pemain itu kepada pemilik pihak ketiga, "Quality Football Ireland Limited".[6] Sporting membeli semula Dier pada bulan Februari 2012 dengan menjual 50% hak Filipe Chaby.

Everton (pinjam)

Pada bulan Januari 2011, Dier bersetuju untuk menyertai Everton secara pinjaman jangka pendek sehingga 30 Jun. Dier bermain untuk Everton B18 sepuluh kali semasa tempoh perpinjamannya dan memenangi Liga Perdana B18 2010-11 bersama pasukan itu.[7]

Sporting B

Pada 26 Ogos 2012, Dier membuat penampilan sulung untuk Sporting B dalam Segunda Liga 2012-13 ketika kemenangan 1–3 ke atas Atlético menggantikan Diego Rubio (minit ke-77). Pada 4 November 2012, Dier menjaringkan gol senior pertamanya menerusi sepakan percuma ketika menentang Benfica B dimana mereka menang 1–3 dalam Segunda Liga.[8]

Sporting

Pada 11 November 2012, Dier dipanggil ke pasukan utama dalam Primeira Liga 2012-13 dimana mereka menang 1–0 ke atas S.C. Braga.[9] Pada 26 November 2012, dia menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan utama Sporting ketika seri 2–2 dengan Moreirense F.C. dalam liga.

Tottenham Hotspur

Pada 2 Ogos 2014, Dier menandatangani kontrak lima tahun bersama Tottenham Hotspur dengan perpindahan £4 juta.[10][11] Dia membuat penampilan kompetitif pertamanya untuk kelab itu ketika menentang West Ham United pada 16 Ogos, dan menjaringkan gol untuk membantu pasukannya menang 1-0.[12] Lapan hari kemudian, dalam perlawanan keduannya, dia menanduk masuk sepakan percuma dari Erik Lamela ketika menang 4–0 ke atas Queens Park Rangers.[13] Dier bermain dalam kesebelasan utama pada 1 Mac 2015 ketika Tottenham kalah dalam perlawanan akhir Piala Liga kepada Chelsea di Wembley.[14]

Karier antarabangsa

Dier mendapat panggilan pertamanya ke skuad England pada bulan November 2011 apabila jurulatih B18, Noel Blake memilihnya untuk perlawanan menentang Slovakia.[15] Dia bermain keseluruhan 90 minit ketika seri 1-1 pada 16 November 2011.[16]

Pada 28 Mei 2013, dia dinamakan dalam skuad-21 pemain untuk Piala Dunia B-20 FIFA 2013.[17] Dia membuat penampilan sulungnya pada 16 Jun ketika kemenangan 3–0 dalam perlawanan pemanas badan menentang Uruguay.[18]

Dia membuat penampilan sulungnya untuk England bawah-21 pada 13 Ogos 2013, ketika kemenangan 6–0 win ke atas Scotland.[19]

Statistik karier

Sehingga 24 Mei 2015.[20][21]
KelabMusimLigaPialaPiala LigaEropahJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Sporting CP B2012–137200000072
2013–149000000090
Jumlah162000000162
Sporting CP2012–13141001000151
2013–14120003000150
Jumlah261004000301
Tottenham Hotspur2014–15282103040362
Jumlah282103040362
Jumlah karier705107040825

Rujukan

Pautan luar