Fiq Halim

Mohammad Firdaus "Fiq" Abdul Halim merupakan seorang penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau merupakan bekas juara Mentor musim kedua pada tahun 2006.[1] Beliau juga merupakan protege kepada penyanyi Amy Search ketika bertanding didalam Mentor 2, dan menerbitkan dua single nyanyiannya, "Tiga Malam Tanpa Bintang" dan "Bukti", beliau kemudian menghilang seketika daripada industri muzik tanah air. Namun pada 2010, beliau membuat kemunculan semula dengan menerbitkan album sulungnya berjudul Diagnostik dan mula berkolaborasi dengan artis-artis masa kini seperti Akim, Aepul Roza dan Aweera.

Fiq Halim
Nama lahirMohammad Firdaus bin Abdul Halim
Juga dikenali sebagai
Fiq Mentor
Kelahiran1981 (umur 42–43)
Sandakan, Sabah, Malaysia
Berasal dariSandakan, Sabah, Malaysia
GenreRock, pop rock
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2006-kini
Syarikat rakaman
EMI
Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Amy Search, Nieyl, Akim, Aepul Roza, Aweera

Mentor 2

Fiq pernah menyertai Mentor 2 pada tahun 2006 dan berjaya terpilih sebagai Protege kepada legenda rock tanah air iaitu Amy Search. Setelah beradu suara selama beberapa minggu, beliau berjaya ke konsert akhir bersama dengan Nieyl dan Kat, serta berjaya dinobatkan sebagai juara Mentor musim kedua. Pada konsert grand finale, Fiq juga berjaya menewaskan Ima, iaitu protege kepada Inul Daratista dari program realiti Indonesia, Bintang Mencari Bintang dimana formatnya juga sama dengan Mentor. Berikut adalah persembahan beliau dalam Mentor 2;

KonsertLagu (penyanyi asal)Ked.
Prolog"Kejoraku Bersatu" (Search)
Intro"Pawana" (Search)Terpilih
Battle 1"Realiti Dan Fantasi" (Crossfire)Pertama
"Irama Marakas" (Search)
(duet Amy Search)
Battle 2"Istana Menanti" (Rahim Maarof)
(duet Rahim Maarof)
Pertama
"Seruan" (Lefthanded)
Battle 3"Meniti Titian Usang" (Search)
(duet Nieyl)
Pertama
"Enigma" (Wings)
Semifinal 2"Jangan Musnahkan Cinta Ini" (Amy Search) + "Bahalol" (XPDC)Pertama
"Gemuruh" (Wings)
(duet Amy Search)
"Paling Comel" (Achik Spin & Siti Nordiana)
(duet Nieyl)
Grand Finale"Tiada Lagi" (Amy Search) + "Bujang Senang" (Wings)Juara
"Isi Dan Kulit" (Search)
(duet Amy Search)
"Fantasia Bulan Madu" (Search)
(duet Deja Moss)

Diskografi

Album studio

Album kompilasi

Single

Solo

TahunJudulAlbum
2007"Tiga Malam Tanpa Bintang"Fiq & Nieyl
"Bukti"Single
2012"Diagnosa"Diagnostik
2014"Balistik Cinta"Single
2015"Satu Peluang Lagi"
"Yang Benar"
2018"Waktunya"

Duet / Kolaborasi

TahunJudulDuetAlbum
2012"Mesti Ada Cinta"Akim AhmadSingle
"Manifestasi Cinta"MirwanaDiagnostik
2017"Selamatkan Aku"Aepul Roza & AweeraSingle

Pencapaian

Televisyen

TahunAnugerahKategoriKarya dicalonkanKeputusan
2006Mentor 2Juara
2008Hits 1 (musim 5)"Tiga Malam Tanpa Bintang"Tercalon

Rujukan

Pautan luar