Glenn Fredly

penyanyi lelaki Indonesia

Glenn Fredly Deviano Latuihamallo (30 September 1975–8 April 2020) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Indonesia. Melibatkan diri dalam industri muzik selepas memenangi pertandingan nyanyian pada tahun 1995, pada tahun 2009 beliau telah mengeluarkan lebih daripada 10 album. Beliau menghasilkan artis berbakat baru seperti YURA (penyanyi solo wanita) & Gilbert Pohan (penyanyi solo lelaki). Dan projek terkini, Beliau menghasilkan filem yang bertajuk Cahaya Dari Timur "Beta Maluku".

Glenn Fredly
Glenn mengadakan persembahannya di konsert tribute Chrisye pada 2009
Latar belakang
Nama lahirGlenn Fredly Deviano Latuihamallo
Kelahiran(1975-09-30)30 September 1975
Jakarta, Indonesia
Meninggal dunia8 April 2020(2020-04-08) (umur 44)
Jakarta, Indonesia
GenreR&B
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penulis lagu
InstrumenVokal, gitar, bass, piano
Tahun aktif1995-2020
Pengkarya berkait
Funk Section, MusikBagus
Laman sesawang
www.glennfredly.com

Kehidupan awal

Fredly dilahirkan pada 30 September 1975 kepada pasangan Hengky dan Linda Latuihamallo. Beliau merupakan anak sulung dari lima beradik[1][2] dan berketurunan Maluku.[3]

Kerjaya

Pada tahun 1995, beliau memenangi pertandingan nyanyian Cipta Pesona Bintang.[1] Pada tahun yang sama, beliau menyertai kumpulan Funk Section.[2] Pada tahun berikutnya, beliau ialah seorang finalis di Festival Lagu Asia.[1] Pada tahun 1998, Fredly meninggalkan Funk Section untuk menjadi penyanyi solo R&B, merasakan bahawa ia sesuai dengan gaya vokal beliau lebih baik. Beliau mengeluarkan album pertamanya, GLENN, pada tahun itu. Ia diterima dengan baik, terjual 50.000 salinan; R&B pada umumnya tidak popular di Indonesia pada masa itu.[2]

Pada tahun 2000, Fredly melancarkan album keduanya, Kembali, dengan single "Kasih Putih" menerima putaran radio.[2] Pada tahun 2001, beliau berada di tempat ketiga di Russian Asia Dauzy International Song Festival.[1]

Pada Mac 2009, Fredly merupakan salah seorang penyanyi utama di konsert penghargaan untuk penyanyi veteran Indonesia Chrisye semasa Festival Java Jazz.[4] Pada tahun yang sama, beliau mengadakan persembahan di konsert penghargaan Michael Jackson di lima bandar seluruh Indonesia, menyanyikan lagu-lagu hits Jackson.[1]

Pada 2011 beliau bersama Tompi dan Sandhy Sondoro mengadakan persembahan konsert di bawah nama Trio Lestari.[5]

Pada tahun 2012 beliau meraikan 17 tahun kerjaya muziknya dengan konsert solonya yang habis dijual, dihadiri 7500 orang di Istora Senayan, 2 Sept 2012.

Pada tahun 2014 beliau menjadi penerbit filem CAHAYA DARI TIMUR "Beta Maluku" dan filemnya menerima filem terbaik di FFI (Festival Filem Indonesia).

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan penyanyi Dewi Sandra di Uluwatu, Bali pada 3 April 2006. Glenn memfailkan perceraian pada 2009.[6]

Beliau berkahwin kali kedua dengan penyanyi dangdut Mutia Ayu pada 19 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 28 Februari 2020.

Kematian

Glenn meninggal dunia pada Rabu, 8 April 2020 pada jam 6.00 petang (7.00 malam waktu Malaysia) di Rumah Sakit Setia Mitra, Fatmawati, Jakarta Selatan pada usia 44 tahun.[7][8] Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit meningitis.[9]

Pengaruh

Fredly telah mengkreditkan Michael Jackson sebagai salah satu pengaruh beliau, mengatakan bahawa Jackson mengilhamkan beliau "melalui muziknya, gaya, menari, segala-galanya"; Fredly juga memberi penghargaan kerja-kerja kemanusiaan Jackson kerana kerjanya sendiri.[1] Beliau juga kagumi Marvin Gaye dan Quincy Jones,[2] dan adalah peminat Chrisye.[4]

Diskografi

Glenn Fredly mengadakan persembahan secara langsung di Belanda.
  • GLENN (1998)
  • Kembali (2000)
  • Selamat Pagi, Dunia (2003)
  • Selamat Pagi, Dunia Repackaged (2004)
  • DVD & CD Selamat Pagi, Dunia Repackaged (2004)
  • OST Cinta Silver (2005)
  • Aku dan Wanita (2006)
  • Terang (2006)
  • Happy Sunday (2007)
  • Private Collection (2008)
  • DVD Tribute to Chrisye (2009)
  • Lovevolution (2010)
  • DVD Lovevolution Live in Esplanade (2010)
  • Luka, Cinta & Merdeka (2012)
  • DVD Glenn Fredly & The Bakuucakar live at Lokananta (2012)

Filemografi

  • Tanda Tanya (2011)
  • Cahaya Dari Timur - Beta Maluku - (2014)

Rujukan

Nota kaki
Bibliografi

Pautan luar