Jumaat Agung

(Dilencongkan dari Good Friday)

Jumaat Agung (Jawi: جمعة أݢوڠ; bahasa Inggeris: Good Friday) adalah cuti keagamaan dalam budaya agama Kristian yang memperingati hukuman salib tokoh Yesus Kristus yang diceritakan di Golgotha sekitar Yerusalem.[1] Cuti ini disambut semasa Minggu Suci sebagai sebahagian daripada Paschal Triduum pada hari Jumaat sebelum Hari Easter pada hari Ahad, dan mungkin juga bertembung dengan hari Passover orang Yahudi.

Jumaat Agung
Perarakan Jumaat Agung di Jerman
Warna liturgi
lembayung, hitam
JenisKristian
KepentinganPenyaliban Jesus
TarikhEaster − 2 days

Tarikh memperingati hari ini cenderung berubah dari hari ke hari mengikut peredaran dalam takwim Gregorius. Gereja-gereja Mazhab Timur dan Mazhab Barat saling bertelingkah mengenai perkiraan hari sambutan Easter, lebih-lebih lagi hari ini. Hari ini dimaktubkan sebagai cuti am di beberapa negara Barat termasuk beberapa negeri dalam Amerika Syarikat.[2] Malah, ada beberapa negara tertentu seperti Jerman mempunyai undang-undang yang mengharamkan kegiatan tertentu - misalnya tari-menari atau berlumba kuda - yang dianggap mencemar kesucian hari ini.[3][4]

Rujukan

Pautan luar