Hamdan Ramli

pelakon dan pelawak Malaysia

Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli atau lebih dikenali sebagai Hamdan Ramli (1 September 1969 – 5 Januari 2024) merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyanyi yang terkemuka di Malaysia.[1] Beliau juga merupakan salah seorang anggota Kumpulan Senario dan juga Kumpulan Aku Kaya [2]. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Januari 2024 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam darah.[3]

Hamdan Ramli
Kelahiran
Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli

(1969-09-01)1 September 1969
Meninggal dunia5 Januari 2024(2024-01-05) (umur 54)
Sebab kematianJangkitan kuman dalam darah
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, Perak
Nama lainHamdan Senario
PekerjaanPelakon, pelawak, penyanyi
Tahun aktif1995–2024
PasanganNorhamalini Ahmed
Anak-anak4

Kehidupan awal

Hamdan dilahirkan pada 1 September 1969 di Batu Gajah, Perak, Malaysia.

Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli yang merupakan anak kelahiran Batu Gajah, Perak ini mendapat pendidikan awal di sekitar Ipoh yang mana pada peringkat rendah, beliau telah belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Kinta dan kemudian beliau melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra.

Pada ketika Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli mencapai usia 18 tahun iaitu lebih kurang selepas tamat persekolahan, jangan anda tidak tahu yang anggota Senario ini pada mulanya aktif dalam bidang pemodelan. Namun ianya tidak bertahan lama dan kemudian Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli terus berhijrah ke Kuala Lumpur dan pernah bekerja sebagai krew, sound dubbing engineer dan editor di Home Video Distributor (HDV) yang terletak di Damansara Utama.

Pada tahun 1988 sewaktu bekerja sebagai editor di Home Video Distributor (HDV), secara kebetulan pula Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli ditempatkan satu bilik dengan Azmeer. Encik Hamdan yang mana ketika itu hobinya amat suka menyanyi seringkali menyanyi dengan bersahaja di dalam pejabat sehinggakan suaranya didengari oleh pekerja di sana serta Azmeer.

Lantas oleh kerana itulah beliau telah ditawar oleh Azmeer untuk menyanyi di dalam sebuah lagu untuk telemovie RTM pada tahun 1989 yang bertajuk Aku Cinta Padamu. Inilah langkah dan kali pertama Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli menjejakkan kaki ke dalam bidang seni yang mana ia telah berlaku dengan secara tidak sengaja dan tidak disangka-sangka.

Setelah beberapa tahun merantau di Kuala Lumpur, Ahmad Hamdan mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Home Video Distributor (HDV) dan pulang ke Ipoh, Perak. Pada tahun 1991, Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli bekerja sebagai kerani pendaftaran kenderaan untuk AH Motor yang berpusat di Taiping dan beliau ditempatkan di sebuah cawangan di Ipoh, Perak.

Kehidupan peribadi

Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli akhirnya bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Batu Kurau, Perak dan mereka telah bernikah pada tahun 1993. Di sinilah detik perkenalan Hamdan dengan Ilya serta Wahid yang mana mereka berdua adalah rakan sekerja buat isteri Hamdan sebagai artis kebudayaan di Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Hamdan dan isterinya telah dikurniakan empat orang cahaya mata yang mana tiga daripadanya adalah lelaki manakala seorang lagi adalah perempuan. Pada tahun 1994, Hamdan sekali lagi bertukar kerjaya dengan berhenti kerja sebagai kerani pendaftaran kenderaan untuk AH Motor dan bertukar kerjaya sebagai seorang car jockey di Hotel Syuen Ipoh.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 1995 sekali lagi Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli bertukar kerjaya sebagai seorang penghantar barang dan surat untuk syarikat Nationwide. Laluan utama yang dikawal selia oleh beliau adalah merangkumi sekitar kawasan Ipoh sehinggalah ke kawasan Sungai Siput. Itulah laluan rutin harian beliau untuk mencari rezeki yang halal demi menyara keluarganya.

Kerjaya

Pada tahun 1995, terdapat satu program realiti televisyen yang mana ia amat popular di seluruh Malaysia dan ianya tidak lain tidak bukan adalah rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan. Sinaran Pasport Kegemilangan ialah sebuah pertandingan untuk mencungkil bakat di kalangan orang yang berbakat dalam bidang seni di seluruh Malaysia. Kali pertama disiarkan di TV3 pada tahun 1994 yang mana musim pertama dijuarai oleh Shamsul Ghau Ghau.

Fokus rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan berubah-ubah, di mana contohnya dalam dua musim pertama ia lebih memfokuskan kepada komedi, berbanding musim ketiga dan keempat yang lebih memfokuskan kepada nyanyian. Jadi sewaktu musim yang ke dua, Illya yang merupakan sahabat kepada Hamdan mengajak beliau untuk menyertai program realiti tersebut kerana kelebihan Hamdan yang pandai menyanyi.

Jadi mereka berdua merancang dan membuat keputusan untuk mencari seorang lagi individu untuk melengkapkan tiga peserta dalam satu kumpulan. Bermulanya disinilah terpilihnya Wahid yang menjadi pelengkap kepada mereka bertiga untuk membentuk satu kumpulan yang hebat. Ujibakat Sinaran Pasport Kegemilangan di kawasan Ipoh pada waktu itu diadakan di Hotel Syuen Ipoh. Sewaktu mereka bertiga datang menghadiri ujibakat, mereka dikehendaki untuk memberi nama kumpulan yang langsung tidak pernah mereka fikirkan sebelum ini.

Oleh yang demikian, nama kumpulan sebagai nama Serba Salah telah diberikan sendiri oleh Ahmad Hamdan apabila Illya dan Wahid terpinga-pinga mencari idea untuk nama kumpulan mereka pada hari ujibakat tersebut. Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli yang pada masa itu dalam keadaan Serba Salah terus memberi cadangan untuk meletakkan nama Serba Salah sebagai nama kumpulan mereka dan cadangan tersebut terus dipersetujui oleh Illya serta Wahid.

Berkat usaha gigih dan doa daripada keluarga, akhirnya mereka bertiga dari kumpulan Serba Salah telah berjaya menjuarai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995. Berapa lama ketika selepas itu, maka wujudlah kumpulan Senario yang mana ia adalah hasil gabungan daripada juara (Shamsul Ghau Ghau) serta naib juara (Lan Pet Pet) Sinaran Pasport Kegemilangan musim pertama dan juara Sinaran Pasport Kegemilangan ke 2 iaitu kumpulan Serba Salah.

Hari ini, Hamdan Senario masih lagi aktif berkecimpung dalam dunia seni dan berlakon. Sesungguhnya beliau adalah seorang yang ramah dan senang untuk berbicara. Disebalik riangnya itu, ternyata banyak juga cabaran, rintangan dan dugaan yang tidak diceritakan kepada anda dalam usaha untuk memberikan hiburan yang bermanfaat dan punyai mesej kepada peminat setia Senario yang mana idea terpaksa diperah untuk sketsa baru setiap minggu.

Pada Tahun 2014, kumpulan Senario telah dianugerahkan dengan Anugerah Komedi Sepanjang Zaman. Kesemua ahli Kumpulan Senario hadir bersama-sama di Anugerah Lawak Warna 2014 untuk menerima pengiktirafan tersebut.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2003Aku Kaya The MovieYassan / Lempayang / Penunggu Gua / Kunjisawa-sanFilem pertama
2005Kemarau CintaBaba
2006Tipah Tertipu The MoviePemandu Lori IkanPenampilan khas
Senario Dalam Pemburu Emas YamashitaYB Nasir
Salah BapakJohan
2007Zombi Kampung PisangKetua Polis DaerahPenampilan khas
2008Senario The Movie: Episode 1Bos WahidPenampilan khas
2010NgangkungBomoh KualiPenampilan khas
MantraPak Long
MagikaHang LekirPenampilan khas bersama Senario
2012Hantu AirRamli
Sofazr The Movie - Jiwa KacauPak Mansur
XBapa Hafiz
2013Gangster CelopPak AbuPenampilan khas
2015KapsulTunku Abdul Rahman
Keranda Tok Wan TerbangTok KetuaPenampilan khas
2021Marabahaya UndergroundPolis TrafikPenampilan khas
2022Jaga-Jaga SenariounionDato' Hamdan
Abang Long Fadil 3Penampilan khas (filem terakhir)

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1995–1996SambalReTV3Drama pertama
1996–1998SenarioPelbagaiSitkom
2009Pemanduku JutawanAidil
Cinta Tikar SejadahJaliAstro Oasis
2010Da' BombaOthmanTV3
2011Bujang Sepah Lalalitamplom (Musim 2)Wak MaunAstro Prima
2015Pengembaraan Jason MuradAminnudinTV9
2018Shah & ZamPak HamdaniTV3
2019Aku Tak RayaDirinya SendiriPenampilan khas
Mama Papa EkspresMegat
2020–2021PotongTok KetuaAstro WarnaPenampilan khas
2021Jom Mak, Raya KLTuan IlhamTV3
Bujang HajiChe KazTV AlHijrah
Malaysian Ghost StoriesHaji ZakiAstro RiaEpisod "Rumah Sewa RM100"
Cikgu AbuEpisod: "Penunggu Rumah Banglo"
Pak MatEpisod: “Buka Hijab”
2022Dukun DivaProf. AzwehAstro Citra
Antara Ikhlas & KacaAyah Aishah/Tok PenghuluAwesome TV
Hidayah Ustaz ViralPak Long JamelTV AlHijrahDrama terakhir

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2002Aku KayaYassanVCDTelefilem pertama
2003Cinta 2 MukaN. Nasir
Cinta PopularProf Hamdan
SpymanSifu Hamdan
Keranamu Ibu
Aku Cinta PadamuNoor
2004Aku Kaya GilerYassan
15 PuasaRockyntv7
Cinta KinabaluJimmyVCD
2011Hantu GigiPak BakarAstro Prima
2012Duit Kau Duit AkuInspektorTV1
2014Man RiderTV9
Si Wayar PutusPak Nan
2015Menantu Saat Adik SupiatSaatTV1
Calon IsteriBos
Hantu Raya Tumpang BerayaTok MohAstro Ria
2016Liga Masjid
Raya Tak RayaPak SaadTV9
LariTok KetuaTV1
2017RasukPak MatAstro Citra
Azrul BendulBakarTV9
2018Misteri Tasik BiruPak AliAstro Citra
2019Resort BerhantuManapTV3Telefilem untuk DBKL 2019
Kad Raya dan Rumah Raya Paling Cantik di Kampung SepakatJaafarTV1
2020Heri BotaN. P. Nahab
2021Hantu Sangkut 2.0Pemilik ChaletAstro Citra
Sumpahan Orang PutihMegat
2022Oh My VaksinPak MaunTV3
Korban Pak TamLemanTV1
Sejenis Raya SenariounionHamdan/HamidunAstro Warna
2023Sepahtu Rewang Kampung KenanganPak DinTelefilem terakhir

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
1995Sinaran Pasport KegemilanganPeserta (Serba Salah)TV3
2011Maharaja Lawak Mega 2011Peserta (Hiro)Astro Warna
2013Liga Lawak SuperstarPesertaTV3
Kaunter KaboomPesertaAstro Ria
2015Qu Puteh Bintang bersama BintangTetamu JemputanTV3
2016Kelab Komedi (Musim 2)Tetamu JemputanTV9
2021Sepahtu Reunion Live 2021Bintang Undangan Ep "Kerana Hati Mati"Astro Warna
Bintang Undangan Ep "Masih Lagi Sayang"
Maharaja Lawak Mega 2021Peserta (Ori)
2022MegalawakTetamu Jemputan (SenarioUnion)

Konsert

TahunKonsertSaluran TV
1998Konsert Anti Lanun SenarioTV3
2017Konsert Komedi SenarioUnionAstro Warna
2020Konsert Minggu Ini SenarioUnionTV2

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2014Anugerah Lawak WarnaAnugerah Khas Pelawak Sepanjang Zaman (Senario)Menang

Rujukan

Pautan luar