Hari Kebangsaan (Vietnam)

Hari Kebangsaan (Vietnam: Ngày Quốc Khánh) merupakan cuti umum di Vietnam diraikan pada 2 September, memperingati Pengisytiharan Kemerdekaan Vietnam daripada Perancis pada 2 September 1945. Perayaan ini merupakan Hari Kebangsaan negara Vietnam.[1]

Hari Kebangsaan
[Ngày Quốc Khánh] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Hồ Chí Minh membaca Pengisytiharan Kemerdekaan di Dataran Ba Đình
Nama rasmi[Ngày Quốc khánh Việt Nam 2–9] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Diraikan oleh/di
Vietnam
JenisKebangsaan
KepentinganMengisytiharkan Kemerdekaan Vietnam daripada Penjajahan Perancis
Tarikh2 September
Waktu berikutnya2 September 2024 (2024-09-02)
Kekerapanannual

Sejarah

Pihak Jepun menduduki Vietnam pada Perang Dunia II tetapi membenarkan Perancis tinggal dan menggunakan beberapa pengaruh. Ketika perang berakhir pada Ogos 1945, satu lompang kuasa telah diwujudkan di Vietnam. Mengambil kesempatan oleh itu, Việt Minh melancarkan "Revolusi Ogos" di seluruh negara untuk menawan pejabat-pejabat kerajaan. Maharaja Bảo Đại turun takhta pada 25 Ogos 1945, menamatkan Dinasti Nguyễn. Pada 2 September 1945, di Dataran Ba Đình, Hanoi, Ho Chi Minh, pemimpin Viet Minh, mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam di bawah nama baharu iaitu Republik Demokratik Vietnam (DRVN) dalam satu ucapan yang menggunakan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat dan Pengisytiharan Hak Manusia dan Warganegara Revolusi Perancis.[2]

Penubuhan

Membawa kepada, dan kemudian berikutan, berakhirnya Perang Vietnam, Parti Komunis Vietnam (kemudian kerajaan Vietnam bersatu) mewujudkan satu senarai seragam cuti umum. Hari cuti umum ini termasuk Hari Pekerja Antarabangsa| pada 1 Mei, ulang tahun Revolusi Ogos pada 19 Ogos, Hari Kebangsaan Viet Nam pada 2 September dan hari lahir Ho Chi Minh pada 19 Mei.[3] Tahun baru qamari, Tết Nguyên Đán dan bulan pertengahan musim luruh, Tết Trung Thu, terus diraikan secara tradisional.

Senarai cuti umum di Vietnam yang penuh telah disemak sejak tahun 2007 namun Hari Kebangsaan, 2 September, kekal sebagai cuti umum dan bank yang penuh.[4][5]

Rujukan