Hasnol

Hasnol Bin Hassan Ariff atau lebih dikenali dengan mononim Hasnol ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau meraih kejayaan dalam bidang muzik selepas memenangi tempat ketiga Sony Music Voice of Asia pada 1991.[2][3] Pada tahun 2014, beliau menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim pertama.

Hasnol
Nama lahirHasnol Bin Hassan Ariff
Kelahiran1970 (umur 53–54)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif
  • 1992–1994
  • 2014–kini
Syarikat rakaman
Sony Music

Kerjaya

Selepas memenangi tempat ketiga Voice of Asia pada 1991, Hasnol merakamkan album pertamanya, Sudi Katakan Sudi pada 1992. Lagunya yang bertajuk sama pernah memenangi kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-8 setahun berikutnya, Pada tahun 1994, Hasnol melancarkan album keduanya berjudul Caraku. Pada tahun 2014, beliau kembali ke industri muzik dengan melancarkan dua lagu baru, "Tinggallah" dan "Kasih Abah".[2][4] Hasnol juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, telah menjayakan drama Mencari Kiblat Cinta dan Pelangi Hati serta My Sweetheart Hannan.

Gegar Vaganza 2014

Hasnol ialah salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza pertama yang turut disertai oleh Shima, Adilla Idris, Ayai Illusi dan Mamat Exists, namun tersingkir di konsert minggu kedua.[5] Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2014
KonsertTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Throwback"Laguku Untukmu"Dirinya sendiriKe-2
Minggu 2Memori Berkasih"Harus Terpisah"Cakra KhanTersingkir

Kehidupan peribadi

Hasnol berkahwin dengan Marina Mohin pada tahun 2010.[1] Beliau dikurniakan 4 anak yang mana 3 daripadanya menerusi perkahwinan terdahulu beliau bersama Akhmarzuraikha Salleh pada tahun 1994.[2][6]

Diskografi

Album

  • Sudi Katakan Sudi (1992)
  • Caraku (1994)

Kompilasi

Single

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
1993Anugerah Juara Lagu 93 Lagu Terbaik (Sudi Katakan Sudi)Pop RockDiri sendiriJuara
1993Anugerah Industri Muzik PertamaArtis Baru Terbaik (Solo)Dirinya sendiriTercalon
1994Anugerah Bintang-Bintang Popular ke-7[7]Penyanyi Lelaki PopularTercalon

Rujukan

Pautan luar