Hei matau

Hei matau ialah sebuah ukiran tulang atau batuan hijau (pounamu) yang menyerupai mata kail dalam budaya Māori. Hei matau digunakan sebagai perlambangan nasib baik serta azimat agar selamat perjalanan merentasi badan air.[1] Sesetengah hei matau bersifat utiliti dan ringkas manakala yang lain bercorak-corak dan digunakan sebagai perhiasan diri.

Hei matau moden daripada pounamu.

Dalam tradisi, matau atau mata kail diperbuat daripada tulang, gading, cangkerang, kayu atau pounamu; mata kail daripada campuran bahan juga lazim.[2][3] Mata-mata kail ini wujud dalam pelbagai bentuk, dengan beberapa bentuk matau masih tidak dapat dipastikan fungsinya.[2][4]

Rujukan

Pautan luar