Hernanes

Anderson Hernanes de Carvalho Viana Lima (lahir 29 Mei 1985), atau hanya dikenali sebagai Hernanes (sebutan dalam bahasa Portugis: [eʁˈnɐ̃niʃ]), merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk kelab Serie A, Juventus. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Hernanes
Maklumat peribadi
Nama penuhAnderson Hernanes de
Carvalho Viana Lima[1]
Tarikh lahir (1985-05-29) 29 Mei 1985 (umur 38)
Tempat lahirRecife, Brazil[2]
Ketinggian1.80 m (5 ka ​10 78 in)[3]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Juventus
Nombor11
Kerjaya remaja
1996–1998Santa Cruz (futsal)
1999–2000Unibol
2001–2005São Paulo
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2005–2010São Paulo117(18)
2006→ Santo André (pinjaman)23(6)
2010–2014Lazio118(33)
2014–2015Internazionale42(7)
2015–Juventus23(2)
Pasukan kebangsaan
2008Brazil B237(1)
2008–2014Brazil27(2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10 September 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Julai 2014 (UTC)

Kerjaya kelab

São Paulo

Hernanes telah memasuki akademi São Paulo dan bermain untuk kelab itu selama sembilan tahun (2001–2010). Beliau kemudian dipinjam ke Santo André untuk musim 2006. Pada 2008, ketika menjadi pemain São Paulo, Hernanes memenangi anugerah pemain terbaik Prêmio Craque do Brasileirão.

Lazio

Pada 6 Ogos 2010, São Paulo setuju untuk menjual Hernanes kepada Lazio.[4] Hernanes kemudian menandatangani kontrak lima tahun.[5] Lazio kemudian membayar €11.1 juta kepada São Paulo.[6] Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika membuat penampilan pertama dengan menjaringkan tendangan penalti dalam perlawanan latihan menentang Deportivo La Coruña. Beliau juga membuat hantaran kepada Sergio Floccari untuk menjaringkan gol ketiga Lazio. Beliau menjaringkan gol pertama di Serie A juga melalui tendangan penalti menentang Bologna, Lazio menang 3–1. Pada 3 Disember 2010, beliau menjaringkan gol ketiganya di Lazio ketika menang 3-1 ke atas Inter dengan sepakan percuma. Dalam musim pertamanya di Lazio, beliau telah menjaringkan 11 gol. Beliau bersama Lazio juga menjuarai Coppa Italia 2012–13l menentang Roma.

Internazionale

Pada 31 Januari 2014, Hernanes menandatangani kontrak baru selama empat tahun setengah sehingga 30 Jun 2018 untuk bersama kelab Internazionale.[7] Beliau membuat penampilan pertama pada 9 Februari, ketika menang 1–0 ke atas Sassuolo, beliau membuat hantaran kepada Walter Samuel untuk menjaringkan gol kemenangan Internazionale.[8] Pada 10 Mei, beliau menjaringkan gol dari jarak jauh menentang bekas kelabnya, Lazio untuk memberikan kemenangan 4-1. Dengan keputusan itu, Internazionale layak ke Liga Europa pada musim hadapan.[9]

Kerjaya antarabangsa

Hernanes meraikan jaringan gol Neymar ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 menentang Croatia.

Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Brazil pada 26 Mac 2008 ketika menentang Sweden di London, Brazil menang 1-0. Pada 9 Februari 2011, Hernanes telah dibuang padang pada separuh masa pertama ketika tewas 1–0 kepada Perancis dalam perlawanan persahabatan akibat menendang penyerang Karim Benzema di bahagian dada.[10] Pada 10 November, beliau menjaringkan gol kedua Brazil, 2-0 menentang Gabon di Libreville selepas menerima bola dari tampanan penjaga gol.[11]

Hernanes telah dipilih oleh jurulatih Luiz Felipe Scolari untuk Piala Konfederasi FIFA 2013 di tanah air sendiri, Brazil. Dalam perlawanan pemanas badan menentang Perancis pada 9 Jun di Porto Alegre, beliau menggantikan tempat Luiz Gustavo dan empat minit kemudian, beliau menjaringkan gol kedua Brazil, Brazil menang 3-0.[12] Hernanes bermain semula perlawanan Brazil di Piala Konfederasi sejak perlawanan akhir peringkat kumpulan menentang Itali.

Beliau termasuk dalam skuad Brazil yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2014.[13] Beliau bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Croatia di mana beliau menggantikan tempat Paulinho pada 27 minit terakhir, Brazil menang 3-1.[14]

Pasukan kebangsaan Brazil
TahunKmnclnGol
200810
200900
201010
201151
201210
201392
Jumlah172

Gol antarabangsa

#TarikhArenaLawanSkorKeputusanKejohanan
1
10 November 2011Libreville, Gabon  Gabon
2–0
2–0
Persahabatan
2
9 Jun 2013Porto Alegre, Brazil  Perancis
2–0
3–0
Persahabatan

Statistik kerjaya

Kelab

MusimKelabLigaPialaBenuaLainJumlah
KejohananKmnclnGolKejohananKmnclnGolKejohananKmnclnGolKejohananKmnclnGolKmnclnGol
2005São PauloA183CB81CCS51315
2006Santo AndréB236CB81317
2007São PauloA313CB122CCS40475
2008A244CB112CL110466
2009A336CB133CL1015610
2010A122CB111CL124357
Jumlah São Paulo1001547837518428
2010–11LazioA3611CI113712
2011–12A318CI21UEL924211
2012–13A3411CI52UEL1415314
2013–14A152CI10UEL61223
Jumlah Lazio118339429415641
2013–14InterA81CI00---81
Jumlah Inter81000081
Jumlah kerjaya24955691465940881

Anugerah

São Paulo
  • Campeonato Brasileiro Série A: 2007, 2008
Lazio
Brazil
Individu
  • Bola Perak: 2
2007, 2008
  • Pemain Terbaik Brazil: 1
2008

Rujukan