Highlight (kumpulan muzik)

Highlight (Hangul: 하이라이트) dahulu dikenali sebagai Beast (Hangul: 비스트) ialah kumpulan lelaki dari Korea Selatan. Kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli iaitu: Yoon Doo-joon, Yang Yo-seob, Lee Gi-kwang dan Son Dong-woon.[1] Pada asalnya kumpulan enam orang, Jang Hyun-seung meninggalkan kumpulan pada April 2016,[2] dan Yong Jun-hyung meninggalkan kumpulan pada bulan Mac 2019.[3] Pada akhir tahun 2016, kumpulan ini berpindah dari syarikat Cube Entertainment ke Around Us Entertainment dan seterusnya menukar nama kumpulan mereka menjadi Highlight pada tahun 2017.[4]

Highlight
Lee Gikwang, Yoon Dujun, Yang Yoseob, Son Dongwoon berdiri dari kiri ke kanan, bergambar untuk gambar akhbar
Highlight pada tahun 2022
Kiri ke kanan: Gikwang, Doojoon, Yoseob dan Dongwoon
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2009 (2009)–kini
Syarikat rakaman
Ahli
Bekas ahli
  • Yong Jun-hyung
  • Jang Hyun-seung

Kumpulan ini memulakan debut mereka pada tahun 2009 dengan album mini pertama mereka Beast Is the B2ST. Pada tahun 2011, mereka mengeluarkan album studio pertama mereka, Fiction and Fact dan membuat debut Jepun mereka dengan single utama "Shock". Sebagai Beast, kumpulan ini mengeluarkan tiga album studio Korea, sembilan Korea album mini, dua album studio Jepun dan pelbagai single. Kumpulan ini debut semula sebagai Highlight pada tahun 2017 dengan album mini pertama mereka Can You Feel It?. Sejak itu mereka telah mengeluarkan tiga lagi album mini sebagai Highlight.

Beast pada mulanya mendapat perhatian kerana kekurangan kejayaan industri yang pernah dialami oleh ahlinya, dengan media merujuk mereka sebagai "kumpulan kitar semula".[5] Walau bagaimanapun, kumpulan ini telah mencapai kejayaan komersil yang ketara dan pujian kritis dan merupakan salah satu kumpulan yang paling banyak mendapat penghargaan sepanjang masa di Golden Disc Awards, Seoul Music Awards dan Melon Music Awards.

Ahli

Nama PentasNama LahirTarikh LahirPeranan
RomanisasiHangulRomanisasiHangul
Doojoon두준Yoon Doo Joon윤두준 (1989-07-04) 4 Julai 1989 (umur 34)Ketua, Penyanyi lead "rap", Vokalis, Wajah Kumpulan
Yoseob요섭Yang Yo Seob양요섭 (1990-01-05) 5 Januari 1990 (umur 34)Vokalis Utama
Gikwang기광Lee Gi Kwang이기광 (1990-03-30) 30 Mac 1990 (umur 34)Lead Vokalis, Visual, Penari Utama
Dongwoon동운Son Dong Woon손동운 (1991-06-06) 6 Jun 1991 (umur 32)Lead Vokalis, Rapper, Maknae

Bekas ahli

Nama PentasNama LahirTarikh LahirPeranan
RomanisasiHangulRomanisasiHangul
Hyunseung현승Jang Hyun Seung장현승 (1989-09-03) 3 September 1989 (umur 34)Lead Vokalis Utama, Lead Penari
Junhyung준형Yong Jun Hyung용준형 (1989-12-19) 19 Disember 1989 (umur 34)Penyanyi "rap" utama

Diskografi

Sebagai Beast

Album Korea

  • Fiction and Fact (2011)
  • Hard to Love, How to Love (2013)
  • Highlight (2016)

Album mini Korea

  • Beast Is the B2ST (2009)
  • Shock of the New Era (2010)
  • Mastermind (2010)
  • Lights Go On Again (2010)
  • My Story (2010)
  • Midnight Sun (2012)
  • Good Luck (2014)
  • Time (2014)
  • Ordinary (2015)

Album Jepun

  • So Beast (2011)
  • Guess Who? (2016)

Sebagai Highlight

Album Korea

  • Daydream (2022)

Album mini Korea

  • Can You Feel It? (2017)
    • Calling You (repackage)(2017)
  • Celebrate (2017)
  • Outro (2018)
  • The Blowing (2021)
  • After Sunset (2022)
  • Switch On (2024)

Album istimewa

  • Outro (2018)

Rujukan

Pautan luar