Jōyō kanji

jōyō kanji (Jepun: 常用漢字, Sebutan bahasa Jepun: [dʑoːjoːkaꜜɲdʑi], harf. "Kanji yang Biasa Digunakan") ialah panduan kepada aksara kanji dan bacaannya, diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Jepun. Kanji jōyō semasa ialah yang terdapat dalam senarai 2,136 aksara yang dikeluarkan pada tahun 2010. Ia merupakan versi kanji tōyō yang diubah suai sedikit, yang merupakan senarai awal kanji peringkat sekolah menengah yang diseragamkan selepas Perang Dunia II. Senarai itu bukan senarai lengkap semua aksara dan bacaan yang digunakan secara tetap; sebaliknya, ia bertujuan sebagai garis dasar literasi bagi mereka yang telah menamatkan pendidikan wajib, serta senarai aksara dan bacaan yang dibenarkan untuk digunakan dalam dokumen rasmi kerajaan. Berikutan keperluan bahawa dokumen rasmi kerajaan hanya mengunakan kanji jōyō dan bacaannya, beberapa aksara yang jarang ditemui turut disertakan kerana penggunaannya dalam Perlembagaan Jepun, yang ditulis pada masa yang sama senarai kanji tōyō 1,850 aksara asal telah disusun.

2,136 kanji dalam kanji jōyō terdiri daripada:

  • 1,026 kanji diajar di sekolah rendah (Gred 1-6) (kanji kyōiku)
  • 1,110 kanji tambahan diajar di sekolah menengah (Gred 7-12)

Pautan luar