Jackson Wang

Jackson Wang (Cina: 王嘉爾[1][2]) (lahir (1994-03-28)28 Mac 1994), lebih dikenali sebagai Jackson, ialah seorang penyanyi, penyanyi rap dan penari aktif di Korea Selatan, yang berasal dari Hong Kong. Beliau merupakan ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, GOT7[3][4], dibawah naungan JYP Entertainment. Beliau lebih dikenali melalui kemunculan beliau dalam rancangan-rancangan realiti Korea Selatan, terutamanya Roommate. Beliau juga bergiat aktif di tanah besar Cina sebagai seorang artis solo dan host televisyen.

Jackson Wang
Latar belakang
Nama asal王嘉爾
Kelahiran (1994-03-28) 28 Mac 1994 (umur 30)
Hong Kong British
GenreK-pop
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
JYP Entertainment
Pengkarya berkait
GOT7

Dilahirkan dan dibesarkan di Hong Kong, beliau pernah mewakili Hong Kong dalam sukan bermain pedang (fencing). Beliau meraih tempat kesebelas dalam Sukan Olimpik Belia pada tahun 2010, dan juga pernah meraih tempat pertama dalam kejohanan pemain pedang muda di Asia.

Setelah lulus sebuah ujibakat muzik, beliau beralih ke Seoul untuk membina kerjayanya dalam industri Kpop. Setelah berlatih selama lebih dua tahun, beliau membuat penampilan sulungnya sebagai seorang anggota GOT7 melalui single utama mereka "Girls Girls Girls".

Discografi

  • "Some Strange Work" (上班有些怪)
  • "Generation 2"
  • "Papillon"
  • "(V)ision"
  • "Okay"
  • "Dawn of Us"
  • "X"
  • "Made It"
  • "Hunger"
  • "Papillon (Boytoy Remix)"
  • "Oxygen"
  • "Bullet To The Heart"
  • 100 ways

Filmografi

Drama

  • 2015 - Dream Knight
  • 2015 - Producers

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno