Jajahan Tumpat

102°10′E / 6.200°N 102.167°E / 6.200; 102.167

Jajahan Tumpat (Jawi: تومڤت) ialah sebuah jajahan di negeri Kelantan. Jajahan Tumpat merupakan jajahan terkecil di Kelantan dan terletak di penghujung utara negeri Kelantan. Jajahan Tumpat juga terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Pusat pentadbiran jajahan Tumpat ialah Bandar Tumpat.

Jajahan Tumpat
تومڤت
Bendera Jajahan Tumpat
Mohor rasmi Jajahan Tumpat
Lokasi Jajahan Tumpat
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
PusatBandar Tumpat
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Tumpat
Pentadbiran
 • BadanPejabat Tanah dan Jajahan Tumpat
 • Ketua JajahanHj Rusydee Bin Abdullah
Keluasan
 • Jumlah169.5 km2 (65.4 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah179,943
 • Kepadatan1,100/km2 (2,700/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Kod kawasan09

Sejarah

Jajahan Tumpat telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1949 dan ditadbir oleh Dato' Nik Hussein bin Nik Zainal sebagai penghulu pertama.[2]

Geografi

Jajahan Tumpat terletak di hujung utara negeri Kelantan bersempadan dengan Jajahan Kota Bharu di timur, jajahan Pasir Mas di selatan, negara Thailand di barat dan Laut China Selatan di utara. Bentuk muka bumi jajahan Tumpat keseluruhannya merupakan tanah rata dan mendatar kerana kawasannya yang berdekatan pinggir laut. Purata ketinggian aras tanah di jajahan Tumpat kira-kira 5 meter atas aras laut dengan ketinggian tertinggi mencapai 18 meter sahaja.[3]

Sungai Kelantan merupakan sungai utama di jajahan Tumpat yang menjadi sempadan semulajadi antara jajahan Kota Bharu. Sungai Golok juga menjadi sempadan antara jajahan Tumpat dan wilayah Thailand. Sungai lain termasuklah Sungai Rulah dan Sungai Pulau Gagak. Terdapat beberapa pulau di perairan laut jajahan Tumpat yang kebanyakannya berada di muara Sungai Kelantan.

Pecahan pentadbiran

Jajahan Tumpat ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Tumpat. Jajahan Tumpat dibahagikan kepada tujuh daerah dan 29 mukim;

Peta jajahan Tumpat

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991116,044—    
2000130,414+12.4%
2010147,179+12.9%
2020179,943+22.3%
Sumber: [1]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Tumpat ialah seramai 179,943 orang dengan kepadatan penduduk 1,100 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di jajahan Tumpat berbangsa Melayu, seramai 164,874 orang.[4][5]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
StatusBangsaJumlah
WarganegaraMelayu164,874
Bumiputera lain178
Cina7,362
India176
Lain-lain5,913
Bukan warganegara-1,441
Jumlah179,944

Agama

Di jajahan Tumpat, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 92 peratus diikuti agama Buddha sebanyak tujuh peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[5]

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Tumpat. Terdapat sebanyak 48 buah sekolah di jajahan ini;[6]

Jenis sekolahBilangan
Sekolah Kebangsaan34
Sekolah Jenis Kebangsaan1
Sekolah Menengah Kebangsaan10
Sekolah Menengah Agama2
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama1

Pengangkutan

Stesen keretapi Tumpat dan Wakaf Bharu antara stesen kereta api utama di Jajahan Tumpat yang menyediakan perkhidmatan kereta api yang menghubungkan destinasi di sepanjang Laluan kereta api Pantai Timur. Antara rangkaian jalan utama yang menghubungkan masyarakat di jajahan Tumpat termasuklah Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor yang menghubungkan Kota Bharu dengan Tumpat serta Jalan Kota Bharu-Pasir Mas yang menghubungkan Tumpat dengan Pasir Mas.

Tempat menarik

Rujukan

Pautan luar