Johann Friedrich Blumenbach
Johann Friedrich Blumenbach (11 Mei 1752 – 22 Januari 1840) adalah seorang doktor, ahli antropologi dan ahli biologi Jerman. Beliau adalah salah satu orang pertama yang mempelajari manusia sebagai aspek sejarah alam.
Johann Friedrich Blumenbach | |
---|---|
Kelahiran | Gotha | 11 Mei 1752
Meninggal dunia | 22 Januari 1840 | (umur 87)
Warganegara | Jerman |
Pusat pendidikan | Universiti Jena Universiti Göttingen |
Terkenal kerana | Anatomi komparatif |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fisiologi |
Penasihat kedoktoran | Christian Wilhelm Büttner[1] |
Penasihat akademik yang lain | Ernst Gottfried Baldinger Christian Gottlob Heyne |
Pelajar kedoktoran | Johann Heinrich Friedrich Link Friedrich Stromeyer Karl Theodor Ernst von Siebold |
Tulisan penemuan dilakukan menyatakan beliau menggunakan anatomi komparatif untuk mengelaskan manusia kepada lima bangsa: bangsa Kaukasia yang berkulit "putih", Mongolia yang berkulit "kuning", Melayu yang "sawo", Habsyi yang "hitam" dan Amerika yang "merah".[2] Semua perbezaan rupa badan sesama bangsa-bangsa diperhatikan beliau disangka tercetus hasil tindak balas kepada iklim sekeliling dan cara hidup.[3]
Beliau sendiri tidak merasa bahawa satu bangsa lebih unggul dari bangsa lainnya. Namun, penyelidikannya disalah ertikan pihak tertentu sebagai pembenar sentimen membenci kaum selain diri serta ilmu sains mengukuh ideologi sedemikian.[4][3]