KT Wiz

KT Wiz (Korea: KT 위즈) merupakan pasukan besbol profesional Korea Selatan yang berpusat di Suwon. Pasukan ini merupakan anggota KBO League dan beraksi di gelanggang mereka di Suwon.

KT Wiz
KT 위즈
Fail:KT Wiz.svg
Logo pasukanLencana topi
Maklumat
LigaKBO League (2015–kini)
LokasiSuwon
StadiumStadium Besbol Suwon (2015–kini)
Januari 2013; 11 tahun yang lalu (2013-01)
Kejuaraan liga2021
Kejuaraan Korean Series2021
WarnaHitam, merah dan putih
              
PemilikanKT
PengurusLee Kang-chul
Laman sesawangwww.ktwiz.co.kr

Sejarah

Pada 11 Januari 2013, pihak Korea Baseball Organization (KBO) secara rasminya meluluskan kemasukan KT Baseball Club ke KBO League bermula musim 2015. Suwon KT Wiz beraksi pada musim 2013 sebagai sebahagian daripada Freedom Division di KBO Futures League[1] dan pada musim 2014 pula sebagai sebahagian daripada divisyen Blue League di Futures League.[2] Pada tahun 2015, pasukan ini layak ke KBO League.

Sebagai pasukan baru di KBO League pada 2015, Wiz dibenarkan memiliki empat pemain asing dalam pasukan pada setiap musim (kebiasannya tiga oang pemain).[3] Pemain asing yang dibawa masuk oleh Wiz pada musim 2015 ialah pitcher Phil Irwin, Andrew Sisco dan Chris Oxspring sementara pemain pemukul pula ialah Andy Marte (Sisco dan Irwin kedua-duanya telah dilepaskan pada pertengahan musim dan mereka berdua masing-masing digantikan oleh Dan Black dan Justin Germano). Bermula musim 2017, kelebihan Wiz untuk mendapatkan pemain asing telah dikurang kepada tiga orang pemain.

Setelah lima musim berturut-turut tanpa kelibat aksi playoff, Wiz akhirnya mara pada tahun 2020 selepas mengakhiri kempen musim di tempat kedua dengan rekod 81–62–1.[4] Mereka kemudiannya disingkirkan oleh Doosan Bears di pusingan separuh akhir menerusi empat perlawanan.[4] Pada tahun berikutnya, buat kali pertama dalam sejarah pasukan, KT Wiz menjadi juara musim selepas menewaskan Samsung Lions di playoff dan mara terus ke Korean Series.[5] Dalam aksi final, pasukan Wiz akhirnya merangkul gelaran sulung setelah mengecewakan Doosan Bears menerusi empat aksi perlawanan.[6]

Catatan

Pautan luar

Templat:KT