Kempen Afrika Timur (Perang Dunia II)

Kempen Afrika Timur
Sebahagian daripada Kancah Mediterranean dan Timur Tengah Perang Dunia II

Askar Afrika Selatan dengan bendera Itali yang ditawan, 1941
Tarikh10 Jun 1940 – 27 November 1941
(Perang Gerila sehingga 8 September 1943)
Lokasi
KeputusanKemenangan Pihak Bersekutu
Perubahan
wilayah
Pembubaran Afrika Timur Itali (AOI)
Eritrea, Somalia dan Habsyah dibawah pentadbiran tentera British
Pihak yang terlibat
Empayar Habsyah
Belgium

Perancis Bebas

  • Equatorial Afrika

Itali

Komandan dan pemimpin
United Kingdom Archibald Wavell
United Kingdom R. Godwin-Austen
United Kingdom William Platt
United Kingdom Alan Cunningham
Haile Selassie
Abebe Aregai
Belgium Auguste Gilliaert
Duke of Aosta Menyerah diri
Guglielmo Nasi Menyerah diri
Luigi Frusci Menyerah diri
Pietro Gazzera Menyerah diri
Carlo De Simone Menyerah diri
Kekuatan

Kenya

  • Jun 1940: 9,975
  • Nov. 1940: 70,000

Afrika Selatan: 27,000
Afrika Timur: 33,000
Afrika Barat: 9,000
Sudan

  • Jun 1940: 9,000
  • Nov. 1940: 28,000
Arbegnoch: 25,000

AOI

  • Jun 1940: 290,476
  • Itali: 91,203
  • Kolonial: 199,273

Ogos 1940: 371,053

  • Itali: 112,731
  • Kolonial: 258,322
Jerman: 100
Kerugian dan korban
Hingga April 1941: 75,704
terbunuh: 11,130
Sakit/eksiden: 74,550
(disenteri: 10,000
malaria: 10,000, maut: 744)
Belgium mati: 462
Pesawat: 138
Operasi terkemudian: Gondar, terbunuh: 32, cedera: 182, hilang: 6
pesawat: 15
Hingga April 1941: 61,326
terbunuh: 16,966
cedera: 25,098
POW:19,262
pesawat: 250
Menyerah kalah pada November 1941: 230,000
Korban AOI tidak termasuk Giuba dan bahagian timur

Kempen Afrika Timur (juga dikenali sebagai Kempen Habsyah) telah diperjuangkan di Afrika Timur semasa Perang Dunia Kedua oleh Pihak Bersekutu, terutamanya dari Empayar British, menentang Itali dan koloni Afrika Timur Italinya, antara Jun 1940 dan November 1941. Markas Timur Tengah British bersama pasukan tentera dari United Kingdom, Afrika Selatan, India British, Protektorat Uganda, Kenya, Somaliland, Afrika Barat, Rhodesia Utara dan Selatan, Sudan dan Nyasaland terlibat dalam kempen tersebut. Ia disertai oleh Force Publique Sekutu dari Congo Belgium, Arbegnoch Imperial Habsyah (tentera pemberontak) dan sebuah unit kecil Perancis Bebas.

Afrika Timur Itali dipertahankan oleh Comando Forze Armate dell'Africa Orientale Italiana (Markas Angkatan Tentera Afrika Timur Itali), bersama unit-unit dari Regio Esercito (Tenterq Darat Diraja), Regia Aeronautica (Tentera Udara Diraja) dan Regia Marina (Tentera Laut Diraja). Bala tentera Itali merangkumi kira-kira 250,000 askar dari Regio Corpo Truppe Coloniali (Kor Pasukan Kolonial Diraja), dipimpin oleh pegawai Itali dan NCO. Dengan Britain menguasai Terusan Suez, tentera Itali terputus dari bekalan dan bala bantuan setelah permusuhan bermula.

Pada 13 Jun 1940 satu serangan udara Itali berlaku di pangkalan RAF di Wajir, Kenya dan perang udara berterusan sehingga tentera Itali dipaksa berundur dari Kenya dan Sudan, melalui Somaliland, Eritrea dan Habsyah pada tahun 1940 dan awal 1941. Saki baki tentera Itali di rantau itu menyerah kalah selepas Pertempuran Gondar pada November 1941, kecuali bagi kumpulan kecil yang memperjuangkan perang gerila di Habsyah terhadap pihak British sehingga Peletakan Senjata Cassibile pada September 1943, yang menamatkan perang antara Itali dan pihak Sekutu. Kempen Afrika Timur adalah kemenangan strategik pertama bagi pihak Sekutu dalam peperangan ini; beberapa pasukan tentera Itali melarikan diri dari rantau itu untuk digunakan dalam kempen lain dan kekalahan Itali telah banyak mengurangkan saluran bekalan melalui Laut Merah ke Mesir. Sebahagian besar tentera Komanwel di pindahkan ke Afrika Utara untuk terlibat dalam Kempen Gurun Barat.

Bacaan lanjut

Pautan luar