Keterbakaran

Keterbakaran (Inggeris: flammability) ialah ukuran betapa senang sesuatu objek terbakar. Darjah keterbakaran sesuatu bahan ditentukan oleh ujian api. Dalam peringkat antarabangsa, terdapat banyak protokol untuk menilai keterbakaran. Kedudukan yang diperolehi digunakan dalam kod bangunan, keperluan insurans, kod kebakaran dan sebarang peraturan lain yang melibatkan penggunaan bahan binaan dan juga penyimpanan dan pengurusan bahan-bahan sangat mudah terbakar di dalam dan di luar struktur dan dalam pengangkutan darat dan udara.

Tanda amaran cecair mudah terbakar

Pengelasan keterbakaran

Kerajaan Amerika Syarikat, agensi-agensi pengawalan AS dan Pertubuhan Perlindungan Kebakaran Kebangsaan AS (NFPA) menggunakan piawaian Sistem Pengenalpastian Bahan-bahan Berbahaya (HMIS) untuk menilai keterbakaran.

Penilaiannya adalah seperti berikut:

KedudukanDarjah keterbakaranContoh
0Bahan-bahan yang tidak boleh terbakarair
1Bahan-bahan yang mesti dipanaskan terlebih dahulu sebelum boleh terbakarminyak pelincir, minyak masak
2Bahan-bahan yang perlu dipanaskan secara sederhana atau didedahkan kepada suhu persekitaran yang agak tinggi sebelum ia terbakarminyak diesel
3Cecair-cecair dan pepejal-pepejal yang boleh terbakar dalam hampir sebarang suhugasolin, asetona
4Bahan-bahan yang akan mengewap serta-merta dalam tekanan atmosfera dan suhu normal, atau telah tersedia tersebar dalam udara dan boleh terus terbakargas asli, propana, butana

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno