Ketua kampung

ketua komuniti kampung

Ketua kampung atau ketua kampong (Jawi: كتوا كامڤوڠ) ialah pemimpin masyarakat di kampung ataupun di sebuah bandar kecil.[1]

Ketua Kampung bagi Kabanjahe, Karo di Hindia Belanda pada 1930

Penggunaan

Brunei

Di Brunei, ia merupakan jawatan pentadbiran yang membawa masyarakat daripada bahagian pentadbiran kampung, ketiga dan terendah subbahagian negara.

Malaysia

Umumnya di Malaysia lebih banyak menggunakan perkataan "ketua kampung" kecuali perkampungan orang Asli yang dipanggil "batin". Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diketuai oleh seorang ketua kampung dan dibantu oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Di rumah panjang tradisional di negeri Sarawak, pemegang jawatan ini dipanggil sebagai "Tuai Rumah". Setiap satu buah rumah panjang di Sarawak, mesti mempunyai seorang yang memegang jawatan sebagai tuai rumah.[2]

Indonesia

Di Indonesia, disebut sebagai 'Kepala Desa".

Lihat juga

Rujukan