Kgalema Motlanthe

Kgalema Petrus Motlanthe[2] (ˈxɑ.lɪ.mɑ mʊ.ˈtɬ’ɑ.n.tʰɛ (lahir 19 Julai 1949) merupakan Presiden Afrika Selatan dan Timbalan Presiden parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika (ANC). Beliau merupakan bekas ahli kesatuan perdagangan, Ahli Parlimen (kemudian Menteri tanpa Portfolio) dan ahli sayap ketenteraan ANC Umkhonto we Sizwe.[3] Beliau telah dilantik menjadi presiden pada 25 September 2008 oleh parlimen berikutan perletakan jawatan Presiden Thabo Mbeki oleh ANC dengan 269 undi daripada 361 jumlah pengundi.[4]

Kgalema Motlanthe
Presiden Afrika Selatan
Dalam jawatan
25 September 2008 – 9 Mei 2009
Didahului olehThabo Mbeki
Timbalan Presiden Kongres Kebangsaan Afrika
Memegang jawatan
2007
Didahului olehJacob Zuma
Setiausaha Agung Kongres Kebangsaan Afrika
Dalam jawatan
1997–2007
Didahului olehCyril Ramaphosa
Digantikan olehGwede Mantashe
Ahli Parlimen
Memegang jawatan
20 Mei 2008[1]
Didahului olehZipporah Noisey Nawa
Butiran peribadi
Lahir (1949-07-19) 19 Julai 1949 (umur 74)
Alexandra, Johannesburg, Afrika Selatan
Parti politikKongres Kebangsaan Afrika

Motlanthe, seorang cendikiawan berhaluan kiri, dilihat sebagai seorang ahli politik berkemahiran tinggi dan merupakan dalang di sebalik puak Zuma di dalam ANC.[5][6]

Awal hidup

Motlanthe lahir pada tahun 1949 di pekan Alexandra, Johannesburg; ayahnya seorang pekerja lombong.[7]

Pada 14 April 1976 beliau telah ditangkap kerana mengedar risalah ANCm beliau dipenjarakan selama 11 bulan di John Vorster Square di pertengahan Johannesburg. Dalam tahun 1977 beliau telah didapati bersalah di atas tiga tuduhan di bawah Akta Keganasan dan dijatuhkan 10 tahun penjara di Pulau Robben dari tahun 1977 hingga 1987[8][9]

Tidak lama selepas daripada pembebasannya, beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Lombong Kebangsaan, dan dalam tahun 1997 beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Agung ANC, menggantikan Cyril Ramaphosa.[7] Belaiu berkahwin dan dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki..[8]Dalam tahun-tahun 1970an, semasa bekerja untuk Majlis Bandaraya Johannesburg, beliau telah direkrut ke dalam Umkhonto we Sizwe. Beliau telah membentuk sebahagian daripada unit yang ditugaskan untuk merekrut kader-kader bagi latihan ketenteraan.[10] Motlanthe merupakan seorang bekas aktivis pelajar, seorang ahli kesatuan pedagang dan seorang bekas askar di dalam bahagian ketenteraan ANC yang dibubarkan.[11]

Rujukan

Pautan luar

Jawatan politik
Didahului oleh
Cyril Ramaphosa
Setiausaha Agung Kongres Kebangsaan Afrika
1997 – 2007
Diikuti oleh:
Gwede Mantashe
Didahului oleh
Jacob Zuma
Timbalan Presiden Kongres Kebangsaan Afrika
2007 – kini
Diikuti oleh:
Penyandang
Didahului oleh
Ivy Matsepe-Casaburri
Acting[1][2]
Presiden Afrika Selatan
2008 – kini
Diikuti oleh:
Penyandang