Daerah Kinabatangan

daerah di Sabah, Malaysia
(Dilencongkan dari Kinabatangan)

Kinabatangan ialah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Sandakan, timur Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Kota Kinabatangan dan antara pekan lain termasuklah Sukau. Daerah ini merupakan daerah ketiga terbesar di Sabah selepas daerah Tongod dan Lahad Datu.

Daerah Kinabatangan
كينباتاڠن
Masjid Daerah Kinabatangan
Etimologi: Sungai Yang Panjang
Lokasi Daerah Kinabatangan كينباتاڠن
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Sandakan
Pusat pentadbiranPekan Kota Kinabatangan
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Kinabatangan
 • Pegawai DaerahArisin Aripin
 • MPBung Moktar Radin (BN-UMNO)
Keluasan
 • Jumlah6,605 km2 (2,550 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah143,112
 • Kepadatan22/km2 (56/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Nombor platSS (1980-2018)
SM (2018-)
Laman sesawanghttps://mdkinabatangan.sabah.gov.my/index.php]

Etimologi

Nama Kinabatangan dipercayai berasal daripada perkataan suku kaum Sungai iaitu ‘Cina batangan’ yang bererti ‘sungai Cina’. Hal ini kerana berdasarkan sejarah Kinabatangan, seorang pengembara daripada kerabat Maharaja China yang bernama Ong Sung Peng telah memulakan pengembaraannya bermula dari Tanah besar China hingga ke Laut Sulu dan seterusnya tiba di kawasan kuala Sungai Kinabatangan pada kurun ke-16. Beliau kemudian telah membuka beberapa kawasan petempatan baru seperti Mumiang, Sukau dan Bilit (dipercayai berasal dari bahasa Cina). Walau bagaimanapun, kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah menukarkan nama tersebut kepada ‘Kinabatangan’ pada tahun 1881.[2]

Pentadbiran

Daerah Kinabatangan ditadbir Majlis Daerah Kinabatangan yang berpusat di Pekan Kota Kinabatangan. Daerah Kinabatangan terbahagi kepada enam mukim yang merangkumi 78 buah kampung;

Senarai Mukim

  1. Mukim Sukau
  2. Mukim Bukit Garam
  3. Mukim Paris
  4. Mukim Litang
  5. Mukim Batu Puteh
  6. Mukim Buang Sayang

Geografi

Daerah Kinabatangan terletak di sebelah pantai timur Sabah dalam Bahagian Sandakan. Daerah ini berkeluasan 6,605 kilometer persegi, bersempadan dengan empat buah daerah iaitu Daerah Sandakan di utara, Daerah Beluran di barat laut, Daerah Lahad Datu di selatan dan daerah Daerah Tongod di barat.

Bentuk topografi bahagian selatan dan tengah Kinabatangan terdiri daripada lembah sungai. Di bahagian utara, barat dan selatan merupakan kawasan daratan tinggi dan berbukit bukau. Di bahagian timur pula merupakan kawasan daratan rendah dan rata yang mempunyai hutan paya bakau dan nipah. Sungai Kinabatangan merupakan sungai yang terpanjang di Sabah dan kedua terpanjang di Malaysia dengan panjang 560 kilometer. Bukit Aruh merupakan titik tertinggi di daerah Kinabatangan dengan ketinggian 555 meter.

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
200096,986—    
2010146,987+51.6%
2020143,112−2.6%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kinabatangan ialah seramai 143,112 orang dengan kepadatan penduduk 22 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[4] Majoriti penduduk di daerah Kinabatangan merupakan Bumiputera termasuklah etnik Orang Sungai, Tidung, Suluk, Bajau, Idahan, Bugis, Kedayan, Dumpas, dan Melayu.[1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
StatusBangsaJumlah
WarganegaraMelayu3,376
Bumiputera lain35,880
Cina316
India91
Lain-lain3,095
Bukan warganegara-100,354
Jumlah143,112

Agama

Di daerah Kinabatangan, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 91 peratus diikuti agama Kristian sebanyak lapan peratus. Agama Buddha, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Orang Sungai di Daerah Kinabatangan

Berikut adalah pecahan etnik-etnik Orang Sungai yang terdapat di Daerah Kinabatangan:

NoEtnikAgamaBahasaKampung
1Buludupi (Ida'an)IslamIda'anikAbai, Bilit, Litang, Sentosa Jaya, Sukau dan Tomanggong
2DumpasIslamPaitanikBukit Garam
3MangkaakKristian dan IslamDusunikBukit Garam
4MakiangIslamPaitanikBukit Garam dan Kuamut
5MinokokIslam dan KristianDusunikBukit Garam
6RumanauIslamPaitanik
7Sebangan /AbaiIslamPaitanikAbai
8SukangIslamDusunikBatu Puteh, Bukit Garam dan Manggaris
9SugudIslamPaitanikBukit Garam dan Litang

Kemudahan

Jambatan Sungai Kinabatangan

Daerah Kinabatangan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 31 buah sekolah rendah, empat buah sekolah menengah, empat balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah dan lima buah klinik di sekitar daerah.

Jambatan Kinabatangan merupakan salah satu penghubung utama antara Bahagian Sandakan dan Bahagian Tawau

Tempat Menarik

Daerah Kinabatangan antara daerah yang terkenal dengan tempat - tempat menarik dan pelancongannya seperti

  • Kinabatangan Wildlife Sanctuary
  • Kinabatangan Jungle Camp
  • Muzium Agop Batu Tulug
  • Gua Batu Supu

Budaya

Pertandingan Mengera' Ali 2019

Orang Sungai di Kinabatangan terkenal dengan beberapa tarian tradisi seperti tarian Titikas, Karantikung, Mangalai Abai, Berunsai dan Gabang. Tarian ini akan dipersembahkan sewaktu Pesta Damas, pesta kebudayaan etnik Orang Sungai yang diadakan setiap tahun di Pekan Sukau. Antara makanan tradisional Orang Sungai di Kinabatangan termasuklah Maraang atau Arau, iaitu makanan berasaskan durian merah dan Tonsom, iaitu makanan seumpama pekasam.

Rujukan


117°35′0″E / 5.41667°N 117.58333°E / 5.41667; 117.58333

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno