Jajahan Kuala Krai

(Dilencongkan dari Kuala Krai)

Kuala Krai merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,329 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan dengan pecahan kepada 15 mukim.

Kuala Krai
Jajahan Kuala Krai
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiكوالا كراي
 • Tulisan Cina瓜拉吉赖县
Bendera Kuala Krai
Lokasi Daerah Kuala Krai di Kelantan
Lokasi Daerah Kuala Krai di Kelantan
Map
Jajahan Kuala Krai is located in Bumi
Jajahan Kuala Krai
Jajahan Kuala Krai (Bumi)
Koordinat: 5°30′N 102°10′E / 5.500°N 102.167°E / 5.500; 102.167 102°10′E / 5.500°N 102.167°E / 5.500; 102.167
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
PusatP031 Kuala Krai
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Kuala Krai
(bahagian utara)
Majlis Daerah Dabong (bahagian selatan)
Pentadbiran
 • Ketua JajahanZulkifle Abdul Rahman[1]
Keluasan
 • Jumlah2,329 km2 (899 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah105,007
 • Kepadatan45/km2 (120/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
18xxx
Kod panggilan+6-09-9
Plat pendaftaran kenderaanD
Laman sesawangptjkk.kelantan.gov.my
mdkkrai.kelantan.gov.my
mddabong.kelantan.gov.my

Sejarah

Pada tahun 1909, pihak British telah menubuhkan jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di Jeli. Kuala Krai telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran jajahan Ulu Kelantan. Pada 1 September 1977, Kuala Krai diisytiharkan secara rasmi sebagai sebuah jajahan penuh.[4]

Geografi

Jajahan Kuala Krai terletak di bahagian tengah negeri Kelantan dan berkeluasan lebih 2,329 kilometer persegi. Jajahan Kuala Krai bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara.

Bentuk muka bumi jajahan Kuala Krai ialah berbukit bukau di sebelah timur, barat dan selatan manakala pamah di sebelah utara.  Ketinggian tanah tinggi daripada aras laut kebanyakannya antara 153 meter - 305 meter.  Titik tertinggi jajahan ini menjangkau lebih 915 meter iaitu di sempadan Jajahan Jeli. Dua sungai utama di jajahan Kuala Krai iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai.[4]

Pecahan pentadbiran

Jajahan Kuala Krai ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai di kawasan utara (dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Utara) dan Majlis Daerah Dabong di kawasan selatan (dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Selatan). Jajahan Kuala Krai juga dibahagikan kepada tiga daerah, 15 mukim dan 216 kampung.

Peta jajahan Kuala Krai

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199190,830—    
200091,771+1.0%
2010104,234+13.6%
2020105,007+0.7%
Sumber: [5]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Kuala Krai ialah seramai 105,007 orang dengan kepadatan penduduk 45 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di jajahan Kuala Krai berbangsa Melayu, seramai 96,523 orang.[6][7]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
StatusBangsaJumlah
WarganegaraMelayu96,523
Bumiputera lain114
Cina3,538
India846
Lain-lain234
Bukan warganegara-3,752
Jumlah105,007

Agama

Di jajahan Kuala Krai, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 95 peratus diikuti agama Buddha sebanyak tiga peratus. Penganut Hindu pula mencatatkan hampir satu peratus dari jumlah penduduk. Agama Kristian dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[7]

Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Kuala Krai. Terdapat sebanyak 54 buah sekolah di jajahan ini;[8]

Jenis sekolahBilangan
Sekolah Kebangsaan39
Sekolah Jenis Kebangsaan2
Sekolah Menengah Kebangsaan10
Sekolah Menengah Agama2
Kolej Vokasional1

Pengangkutan

Antara jaringan jalan raya utama di jajahan Kuala Krai ialah Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang yang siap dibina pada tahun 2007. Antara stesen kereta api utama yang menghubungkan jajahan Kuala Krai dengan jajahan lain ialah Stesen Kuala Krai dan Stesen Dabong.

Galeri

Rujukan