Maharani Masako

Maharani Jepun

Maharani Masako (Jepun: 皇后雅子, Hepburn: Kōgō Masako) (lahir 9 Disember 1963) ialah isteri kepada Maharaja Naruhito dan kini merupakan Maharani Jepun.

Masako
皇太子妃雅子
Maharani Jepun
Pemerintahan1 Mei 2019 - kini
Pertabalan22 Oktober 2019
Didahului olehMaharani Michiko
Keputeraan (1963-12-09) 9 Disember 1963 (umur 60)
Tokyo, Jepun
PasanganMaharaja Naruhito
AnakandaAiko, Puteri Toshi
Nama penuh
Masako Owada
AyahandaHisashi Owada
BondaYumiko Egashira
PekerjaanPuteri Mahkota Jepun

Kehidupan awal dan pendidikan

Baginda lahir dengan nama Masako Owada (Jepun: 小和田 雅子, Hepburn: Owada Masako), sebagai anak perempuan tertua dari Hisashi Owada, seorang diplomat senior, yang kini berkhidmat sebagai Presiden Mahkamah Antarabangsa. Baginda memiliki dua adik perempuan kembar bernama Setsuko dan Reiko.[1]

Masako tinggal di Moscow bersama ibu bapanya ketika baginda berusia dua tahun, dan menyelesaikan pendidikan kanak-kanak di sana. Setelah kembali ke Jepun, Beliau memasuki ke sekolah wanita swasta di Tokyo, Denenchofu Futaba, sejak sekolah dasar sampai tahun kedua sekolah menengah atas. Masako dan keluarganya pindah ke Amerika Syarikat ketika bapanya menjadi pensyarah jemputan di Universiti Harvard dan timbakan duta besar Jepun untuk Amerika Syarikat. Pada 1981, baginda tamat pengajian dari Belmont High School. Masako juga menjadi Presiden National Honor Society di sekolah menengah atas tersebut.[2]

Masako menerima gelaran BA di bidang Ekonomi secara magna cum laude dari Universiti Harvard dan mengambil kuliah namun menyelesaikan pasca sarjana Hubungan Antarabangsa di Balliol College, Universiti Oxford. Beliau juga pernah belajar di Universiti Tokyo, dalam rangka persiapan ujian masuk ke Jabatan Luar Negeri Jepun.[3]

Selain bahasa Jepun, baginda juga fasih berbahasa Inggeris dan Perancis, serta dikatakan menguasai percakapan piawai dalam bahasa Jerman, Rusia, dan Spanyol.[4][5]

Karier

Sebelum berkahwin, Masako bekerja di Departemen Luar Negeri Jepun, di mana ayahnya menjabat sebagai Direktur Jenderal dan Wakil Menteri.[6] Selama kariernya di sana, Masako bertemu dengan banyak pemimpin dunia, antara lain Presiden AS Bill Clinton dan Presiden Rusia Boris Yeltsin. Beliau juga berperan sebagai penerjemah dalam perundingan Jepun dan Amerika Serikat mengenai superkonduktor.

Konstitusi Jepun tidak mengizinkan anggota keluarga kemaharajaan untuk terlibat dalam kegiatan politik. Dalam hal ini, putera Mahkota pernah mengeluarkan komentar keprihatinannya atas ketidaknyamanan dan tekanan yang dialami oleh istrinya akibat pengaturan oleh Biro Rumah Tangga Kemaharajaan, serta tentang keinginan istrinya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang diplomat.[7]

Pernikahan dan keluarga

Bendera Puteri Mahkota Jepun

Masako pertama kali bertemu dengan Putra Mahkota Naruhito ketika Beliau menjadi mahasiswa di Universitas Tokyo pada bulan November 1986, meskipun beberapa orang mengatakan bahwa mereka sebelumnya pernah bertemu ketika ayahnya bertugas sebagai pendamping untuk anggota keluarga maharaja. Masako dan Putra Mahkota terlihat bersama-sama beberapa kali di depan umum sepanjang tahun 1987.[1] Pada tanggal 9 Juni 1993, mereka menikah dalam sebuah upacara pernikahan tradisional Jepun.[8] putera Mahkota dan Putri Mahkota mempunyai seorang anak, Putri Aiko (gelar resminya adalah Toshi no Miya, atau Putri Toshi), lahir pada tanggal 1 Desember 2001.[9][10]

Kesihatan

Masako secara umum tidak tampil di khalayak sejak tahun 2002. Beliau diperkirakan mengalami tekanan emosional yang menurut banyak pihak disebabkan oleh tuntutan untuk menghasilkan pewaris takhta lelaki, serta dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai anggota keluarga kemaharajaan.[11][12] Baginda disahkan menghadapi gangguan penyesuaian (adjustment disorder) pada bulan Juli 2004, dan dilaporkan sedang menjalani rawatan.[13][14][15]

Pada 11 Julai 2008, Putera Mahkota Naruhito meminta orang awam untuk memahami keadaan isterinya yang menderita sakit tersebut. Beliau membuat pernyataan dalam kunjungan selama 8-hari di Spanyol, tanpa Masako:[16]

Saya ingin publik mengerti bahwa Masako terus berupaya secara maksimal dengan bantuan dari orang-orang di sekelilingnya. Mohon terus mengawasinya secara baik dan dalam jangka panjang.

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar