Mahkamah Agung Rakyat

Mahkamah Agung Rakyat (Cina ringkas: 最高人民法院pinyin: Zuìgāo Rénmín Fǎyuàn) atau nama resminya Mahkamah Agung Rakyat Republik Rakyat China, ialah mahkamah pengadilan tertinggi di wilayah daratan Republik Rakyat China. Bagi Hong Kong dan Makau selaku daerah pentadbiran khas yang memiliki sistem peradilan yang terpisah; Hong Kong berdasarkan tradisi common law Inggeris dan Makau berdasarkan hukum sivil Portugis, dan kedua-duanya berada di luar penguasaan Mahkamah Agung Rakyat.

Mahkamah Agung Rakyat
Republik Rakyat China
Lambang Mahkamah Agung Rakyat Republik Rakyat China
Map
Maklumat umum
Ditubuhkan22 Oktober 1949[1]
Bidang kuasaRepublik Rakyat China Edit the value on Wikidata
LokasiBeijing
Koordinat39°54′10.7″N 116°24′18.9″E / 39.902972°N 116.405250°E / 39.902972; 116.405250 116°24′18.9″E / 39.902972°N 116.405250°E / 39.902972; 116.405250
Kaedah komposisiPemilihan presiden dengan persetujuan Kongres Rakyat Kebangsaan
Diberi kuasa olehPerlembagaan Republik Rakyat China
Tempoh penggal hakim5 tahun
Tapak webhttp://www.court.gov.cn/
Presiden dan Ketua[2]
Penyandang terkiniZhou Qiang
Sejak15 Mac 2013
Wakil presiden
Penyandang terkiniShen Deyong
Sejak24 April 2008
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Gerbang utama Mahkamah Agung Rakyat di Beijing.
Bahagian depan Mahkamah Agung Rakyat di Beijing.

Mahkamah Agung Rakyat dianggap sebagai forum tingkat tertinggi di China yang mengawasi dan mengatur prosedur peradilan bagi semua pengadilan rakyat khusus dan pengadilan subordinasi lokal. Mahkamah ini juga merupakan pengadilan tingkat terakhir di seluruh China. Mahkamah terdiri dari 340 hakim yang bersidang di pengadilan yang lebih kecil untuk memutuskan kasus hukum. Sistem pengadilan terdiri dari proses persidangan sistem empat tingkat, dan dua tingkat praperadilan.

Sejarah

Mahkamah ini didirikan pada 22 Oktober 1949.[3]

Pada 2005, Mahkamah Agung Rakyat mengumumkan untuk "mengambil kembali autoriti persetujuan hukuman mati" kerana kebimbangan "kualiti hukuman"[4], dan pada 31 Oktober 2006, Kongres Rakyat Kebangsaan secara resmi mengubah Hukum Organik Pengadilan Rakyat dengan meminta semua keputusan hukuman mati perlu disahkan oleh Mahkamah Agung Rakyat.[5] Sebuah laporan 2008 menyatakan bahwa sejak proses peninjauan baru tersebut, Mahkamah Agung Rakyat telah menolak kira-kira 15% seluruh hukuman mati yang diputuskan oleh pengadilan lebih rendah.[6]

Sejak Mac 2013, Zhou Qiang menjabat sebagai Presiden dan Ketua Mahkamah Agung Rakyat. Pada 2013, pihak mahkamah mulai memasukkan sekitar 32,000 nama para penghutang ke dalam senarai hitam. Sejak saat itu, media pemerintah menjelaskan bahwa daftar tersebut sebagai langkah pertama menuju sistem kredit sosial nasional.[7][8]

Pada 2015, Mahkamah mulai bekerja dengan perusahaan swasta kredit sosial. Misalnya dengan Kredit Zhima, yang mulai memangkas mata kredit dari orang-orang yang gagal membayar denda di pengadilan.[7]

Pada 1 Januari 2019, Pengadilan Kekayaan Intelektual Mahkamah Agung Rakyat dibentuk untuk menangani semua praperadilan tingkat kedua dari kes-kes yang telah menjalani proses praperadilan tingkat pertama Pengadilan Kekayaan Intelektual.[9]

Rujukan