Mana

kepercayaan kerohanian orang Polynesia

Mana merupakan suatu pemangkuan kuasa dan semangat berniat yang dipercayai berada serata alam menurut kepercayaan orang-orang Melanesia dan Polinesia.[1]

Ia memainkan peranan penting dalam pandangan alam kebudayaan orang Polinesia khususnya di mana pemunyaan "mana" ini dianggap juga mendatangkan pengaruh dan kecekapan dalam kehidupan seharian, dan sesiapa yang memegang mana ini layak diberi penghormatan sebaiknya.

Kelaziman mengikut budaya

Di Hawaii dan Tahiti

Kedua-dua bangsa serumpun ini percaya mana boleh muncul secara dalaman mahupun luaran. Mana ini difikirkan boleh terliput dalam pekarangan tertentu seperti puncak gunung ataupun pulau.

Orang Hawaii juga percaya mana itu boleh diraih dan dihilangkan daripada perbuatan dilakukan seseorang (pono)- mana ini dipercayai datang daripada dua jalan; memenuhi nafsu mahupun tindakan ganas.

Di New Zealand

Mana dalam konteks budaya Maori peribumi New Zealand difahamkan sebagai kuasa dan wewenang rohani yang jauh berbeza daripada "ihi" iaitu kuasa fizkal dan semula jadi.[2] Takrifan lain turut meliputi status, pengaruh, martabat dan penghormatan daripada dewa-dewi atau atua.[3][4]

Orang Māori percaya bahawa mana seseorang terdiri daripada dua tiang utama iaitu kekuasaan didasarkan salasilah (whakapapa) atau mana tangata, dan kekuasaan didasarkan kekayaan yang mampu diberikan untuk mempertanggungjawabkan penerima (having a wealth of resources to gift to others to bind them into reciprocal obligations) atau mana huaanga.[5]

Masyarakat New Zeaaland moden kini lebih melihat "mana" merujuk kepada perwatakan tinggi seseorang atau kelompok yang dipandang bermasyhur (person or organisation of people of great personal prestige and character).[6]

Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Keesing, Roger. 1984. "Rethinking mana". Journal of Anthropological Research 40:137–156.
  • Lévi-Strauss, Claude; Baker, Felicity (translator). 1987. Introduction to the Work of Marcel Mauss. ISBN 0-415-15158-9.
  • Mauss, Marcel. 1924. Essai sur le don.
  • Meylan, Nicolas, Mana: A History of a Western Category, Leiden, Brill, 2017.
  • Mondragón, Carlos (June 2004). "Of Winds, Worms and Mana: The Traditional Calendar of the Torres Islands, Vanuatu". Oceania. 74 (4): 289–308. doi:10.1002/j.1834-4461.2004.tb02856.x. JSTOR 40332069.
  • van der Grijp, Paul. 2014. Manifestations of Mana: Power and Divine Inspiration in the Pacific. Berlin: LIT Verlag.

Pautan luar