Marquinhos

Marcos Aoás Corrêa (lahir 14 Mei 1994), dikenali sebagai Marquinhos, adalah seorang pemain bola sepak profesional Brazil yang bermain sebagai pertahanan untuk kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain, yang menjadi kapten pasukannya, dan pasukan kebangsaan Brazil.

Marquinhos
Marquinhos meraikan kejayaan beliau memanangi pingat emat bersama Brazil di Olimpik Musim Panas 2016
Maklumat peribadi
Nama penuhMarcos Aoás Corrêa[1]
Tarikh lahir (1994-05-14) 14 Mei 1994 (umur 29)
Tempat lahirSão Paulo, Brazil
Ketinggian1.83 m (6 ka 0 in)[1]
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor5
Kerjaya remaja
2002–2011Corinthians
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2011–2012Corinthians14(0)
2012–2013Roma26(0)
2013–Paris Saint-Germain273(24)
Pasukan kebangsaan
2011Brazil B1714(0)
2014Brazil B215(0)
2016Brazil B236(1)
2013–Brazil80(7)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 September 2023

Dia memulakan kerjayanya di Corinthians, dan setelah memenangi Copa Libertadores 2012, dia berpindah ke Roma dengan bayaran sebanyak € 3 juta. Marquinhos adalah pemain utama dalam satu-satunya musim beliau di Roma ketika Roma mara ke Final Coppa Italia. Pada bulan Julai 2013, dia berpindah ke Paris Saint-Germain dengan harga € 31.4 juta dengan kontrak lima tahun, salah satu bayaran tertinggi untuk pemain di bawah usia 20 tahun. Dia telah memenangi 23 piala di kelab tersebut, termasuk enam gelaran Ligue 1. Marquinhos bermain kurang utama selepas pemerolehan rakan senegara David Luiz pada tahun 2014,tetapi kembali menjadi peranan penting selepas pemain tersebut dijual pada tahun 2016.

Marquinhos membuat debut antarabangsa untuk Brazil pada tahun 2013, dan merupakan sebahagian daripada pasukan bawah-21 yang memenangi Kejohanan Toulon 2014. Dia juga mewakili negara di Copa América 2015 dan tahun berikutnya Copa América Centenario, dan memenangi pingat emas di Olimpik 2016. Dia kemudian mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2018, Copa América 2019 dan Copa América 2021, memenangi gelaran 2019.

Rujukan

Pautan luar

  • Marquinhos at the Paris Saint-Germain F.C. website
  • Templat:Sports links