Matthias Ginter

Matthias Lukas Ginter (lahir 19 Januari 1994) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk Borussia Mönchengladbach dan pasukan kebangsaan Jerman di posisi pertahanan.

Matthias Ginter
Maklumat peribadi
Nama penuhMatthias Lukas Ginter[1]
Tarikh lahir (1994-01-19) 19 Januari 1994 (umur 30)
Tempat lahirFreiburg im Breisgau, Jerman
Ketinggian1.89 m (6 ka ​2 38 in)[2]
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Mönchengladbach
Nombor28
Kerjaya remaja
1998–2005SV March
2005–2012SC Freiburg
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2012–2014SC Freiburg70(2)
2014–2017Borussia Dortmund67(3)
2017–Borussia Mönchengladbach126(10)
Pasukan kebangsaan
2011–2012Jerman B186(0)
2012–2013Jerman B195(1)
2013Jerman B2110(0)
2014–Jerman41(2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 Jun 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16 Jun 2021 (UTC)

Kerjaya kelab

Ginter memulakan kerjayanya di SV March sebelum beliau berpindah ke skuad remaja SC Freiburg untuk musim 2004-05. Bersama skuad-A, beliau memenangi DFB-Pokal Junior.

Pada Januari 2012, Ginter membuat debut untuk skuad senior Freiburg dan menggantikan Anton Putsila pada minit ke-70 menentang FC Augsburg. Pada minit ke-88, beliau menjairngkan gol kemenangan melalui sepakan percuma oleh Michael Lumb dengan kemenangan 1-0. Dua hari selepas perlawanan, beliau meraikan hari lahirnya ke-18 menjadikan beliau penjaring termuda kelab di Bundesliga. Dua hari kemudian iaitu pada 23 Januari, Ginter menandatangani kontrak untuk menyertai skuad pertama Freiburg.

Pada 17 Julai 2014, Ginter menandatangani kontrak lima tahun bersama Borussia Dortmund.

Kerjaya antarabangsa

Pada 5 Mac 2014, beliau membuat penampilan antarabangsa pertama untuk pasukan Jerman dengan menggantikan Mesut Özil pada minit ke-90 pada perlawanan persahabatan menentang Chile, 1-0.

Pada Jun, beliau termasuk dalam senarai terakhir 23 pemain Jerman ke Piala Dunia FIFA 2014. Beliau tidak bermain sebarang perlawanan pada kejohanan dunia yang berlangsung di Brazil itu.

Penghargaan

Kelab

Borussia Dortmund
  • DFL-Supercup: 2014

Antarabangsa

Jerman

Individu

  • Pingat Fritz Walter: Pingat Emas B19 2013
  • Pingat Fritz Walter: B18 Pingat Emas 2012

Catatan

Pautan luar