Metro Shanghai

Metro Shanghai merupakan sistem alihan laju di Shanghai, China. Laluan pertama mula beroperasi pada tahun 1993, menjadikan Shanghai bandar ketiga di Tanah Besar China yang mempunyai sistem laluan bawah tanah, iaitu selepas Beijing and Tianjin. Metro Shanghai ialah salah satu sistem alihan laju yang berkembang dengan paling pesat di dunia, dan beberapa laluannya masih dalam pembinaan.

Metro Shanghai
Umum
PemilikShanghai Shentong Metro Group
LokasiShanghai dan Kunshan, Jiangsu
Jenis transit
Alihan laju
Jumlah laluan/aliran
14
Jumlah stesen
330
Bil. penumpang harian
6.86 juta (purata 2013)[1]
9.381 juta (rekod)[2]
Bil. penumpang tahunan
2.5 bilion (2013)[1]
Laman sesawang
www.shmetro.com
Operasi
Mula beroperasi
May 28, 1993
PengendaliSyarikat Operasi Metro No.1-No.4 Shanghai (4 Syarikat berkongsi nama)
Teknikal
Panjang sistem
538 km
Peta sistem

Fail:Shanghai Metro Linemap.svg.svg

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Metro Shanghai
Cina Ringkas:上海轨道交通
Cina Tradisional:上海軌道交通
Maksud harfiah:Transit Rel Shanghai
Biasanya disingkatkan sebagai
Tulisan Ringkas:上海地铁
Tulisan Tradisional:上海地鐵
Maksud harfiah:Laluan Bawah Tanah Shanghai

Secara keseluruhannya, Metro Shanghai mempunyai 14 laluan metro dan 329 stesen, dengan laluan beroperasi yang panjangnya 538 km, menjadikannya sistem metro yang terpanjang di dunia. Penumpang tahunan Metro Shanghai mendapat tempat ketiga di dunia, dengan 2.5 bilion penumpang diangkut pada tahun 2013. Pada 30 April 2004, penumpang harian Metro Shanghai mencecah rekod 9.381 juta. Pada hari kerja biasa, penumpang yang menaiki Metro Shanghai melebihi 8 juta.

Pada 16 Oktober 2013, dengan melanjutkan Laluan 11 ke Kunshan, Jiangsu, Metro Shanghai menjadi sistem alihan laju pertama di China yang menghubungkan dua wilayah pentadbiran tahap provinsi. Terdapat rancangan untuk menghubungkan Metro Shanghai dengan sistem metro Suzhou dan Wuxi.

Laluan

Peta Metro Shanghai Metro           
LaluanTerminal
DibukaLanjutan
Terbaru
Length
km
Stesen
01Laluan 1Jalan FujinXinzhuang1993200736.428
02Laluan 2Xujing TimurLapangan Terbang Antarabangsa Pudong1999201063.830
03Laluan 3Jalan Jiangyang UtaraStesen Kereta Api Selatan Shanghai2000200640.329
04Laluan 4
(Bulatan)
Jalan YishanJalan Yishan2005200733.726
05Laluan 5Xinzhuang
Zon Pembangunan Minhang200317.211
06Laluan 6Jalan Gangcheng RoadPusat Sukan Oriental2007201132.328
07Laluan 7Tasik MeilanJalan Huamu2009201044.233
08Laluan 8Jalan ShiguangJalan Raya Shendu2007201137.430
09Lalaun 9Stesen Kereta Api Selatan SongjiangJalan Yanggao Tengah2007201252.126
10Laluan 10XinjiangwanchengStesen Kereta Api Hongqiao 2010201035.431
11Laluan 11Jiading Utara / Huaqiao Jalan Luoshan200920137234
12Laluan 12Jalan Qufu RoadJalan Jinhai2013201416
13Laluan 13Jalan JinyunJalan Jinshajiang20128.36
16Laluan 16Jalan Luoshan RoadTasik Dishui201351.911
Jumlah538330