Mierul Aiman

Mohammad Amirul Aiman Norazman atau lebih dikenali sebagai Mierul Aiman (lahir 14 Julai 1998) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2021 dan dinobatkan sebagai juara.[1][2] Beliau mendapat kejayaan meluas apabila membawa watak Fakhri sebagai watak utama di dalam siri Astro Originals Projek: High Council (2023).[3]

Mierul Aiman
Kelahiran
Mohammad Amirul Aiman bin Norazman

(1998-07-14) 14 Julai 1998 (umur 25)
WarganegaraMalaysia
Nama lainMierul
PendidikanSarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
Pusat pendidikan
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2021–kini
Terkenal keranaFakhri dalam Projek: High Council
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Putrajaya dan menetap di Kuala Lumpur.[4] Bapa beliau berasal dari Felda Jengka 8 manakala ibu beliau berasal dari Mentakab, Temerloh, Pahang. Beliau awalnya bersekolah di Sekolah Menengah Sains Selangor dan menyambung pelajarannya di Universiti Selangor (UNISEL). Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan mula aktif dalam bidang peragaan dari tahun 2021 sehingga kini.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2022Villa Rosly by Nadhir NasarDanielFilem pendek, Pelakon utama
MEMORI by ShalsOsman
2023SepayungHizam

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2022–2023Akim & Mira - Kisah Cinta 1999NaufalAstro RiaDrama bersiri, pelakon pembantu
2023Projek: High CouncilFakhri IsmetDrama bersiri, pelakon utama
Imam Instant Ustazah ScammerRonaldoDrama bersiri, pelakon utama
Perempuan ItuShamsulTontonDrama bersiri, pelakon pembantu
2023–2024W: Two WorldsGhaziViuDrama bersiri adaptasi dari Kdrama W: Two Worlds, pelakon utama
The CadetsAmirAstro CeriaDrama bersiri, pelakon utama
2024Projek: ExitHadiAstro PremierDrama bersiri, pelakon utama

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2021Hierarki TelemovieMegatAstro RiaTelefilem, pelakon utama
2023Baby-SitaAdamAstro Warna

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2021Hero Remaja 2021PesertaAstro RiaMenjadi Juara Hero Remaja 2021
2023Projek High Council: ReunionDirinya sendiriAstro Gempak
Big Stage (musim 5)Presiden netizenAstro RiaMinggu Ke-3

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2021Hero Remaja 2021Menang
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35BBNU Lelaki PopularDirinya sendiriTercalon

Rujukan

Pautan luar