Minimalisme

Pascamodenisme
didahului Modenisme

Kepostmodenan
Falsafah pascamoden
Seni bina pascamoden
Seni pascamoden
Filem pascamoden
Kesusasteraan pascamoden
Muzik pascamoden
Teater pascamoden
Teori kritikal
Globalisasi
Kepenggunaan
Minimalisme
Minimalisme muzik

Minimalisme atau seni minimal adalah aliran dalam seni lukis dan pahat yang muncul pada tahun 1960-an[1][2] dengan kecenderungan mengurangkan atau meminimumkan sesuatu pengkaryaan kepada sifat atau ciri paling asas dalam seni dan reka bentuk atas dasar pertimbangan logika dan kesederhanaan.[1] Pembentukan artistik ini menonjol terutamanya dalam seni visual dan muzik.

Aliran minimalis muncul sebagai tren di akhir tahun 1950-an melalui gerakan tertentu seperti pada suprematisme Rusia dan neoplastisisme Belanda[1] sebelum berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an;[2] antara tokoh yang memasyhurkan aliran ini adalah Donald Judd, Robert Moris, Ronald Bladen, Robert Grosvenor, Carl Andre, Robert Smithson, Fred Sandback, Sol LeWitt dan Larry Bell.[1] Para tokoh aliran seni ini menolak gagasan bahwa seni harus mencerminkan ekspresi peribadi penciptanya[2] tetapi sebaliknya berpegang kepada gagasan bahawa seni tidak harus mengacu pada apa pun selain diri karya (seni itu sendiri).[2] Mereka bertujuan untuk membuat karya yang benar-benar objektif, tidak ekspresif dan non-referensial.[2] Momen bersejarah bagi gerakan seni ini adalah dengan diadakannya pameran Primary Structure di Muzium Yahudi pada tahun 1966.[2]

Minimalisme juga dapat diertikan sebagai tren dalam reka bentuk interior dan eksterior di mana suatu faktor dikurangkan atau dihilangkan kepada elemen tertentu yang diperlukan.[3]

Rujukan


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno