Metro Montreal

(Dilencongkan dari Montreal Metro)

Metro Montreal (Perancis: Métro de Montréal) merupakan satu perkhidmatan kereta api awam, di mana ia berkhidmat di kawasan bandar raya Montreal dan sekitarnya seperti pulau Montreal, Laval dan Longueuil. Kereta api bawah tanah (metro) ini diuruskan dan dikendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Montreal (Société de transport de Montréal, STM).

Metro Montreal
ميترو مونتريال
Umum
Nama asalMétro de Montréal
LokasiMontreal, Laval, Longueuil
 Quebec
 Kanada
Jenis transit
Alihan laju
Jumlah laluan/aliran
4
Jumlah stesen
68
Bil. penumpang harian
1.263 juta pada hari bekerja (Q4 2014)[1][2]
Bil. penumpang tahunan
357 juta (2014)[2]
Operasi
Mula beroperasi
14 Oktober 1966
PengendaliPerbadanan Pengangkutan Montreal (STM)
Jumlah kenderaan
759[3]
Teknikal
Panjang sistem
71 km[3]
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
dengan pad larian untuk roda tayar getah di luar rel keluli
Pengelektrikan"Rel ketiga", 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan
Kelajuan purata
40 km/j (25 mph)
Kelajuan tertinggi
72 km/j (45 mph)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dibuka pada 14 Oktober 1966 ketika zaman kepimpinan Datuk Bandar Jean Drapeau, perkhidmatan metro ini diilhamkan daripada Metro Paris (Métro de Paris) dan ini dapat dilihat dari reka bentuk stesen dan stok kereta api.[4] Pada asalnya, rangkaian Metro Montreal terdiri daripada 26 buah stesen pada 3 buah aliran dan kini (2016) terdapat 68 buah stesen pada 4 aliran dengan jumlah panjang 71 kilometer (44 bt). Sejak tahun 2007, kereta api ini telah menjangkau sehingga Longueuil di tebing selatan sungai St. Lawrence melalui Laluan Kuning dan di Laval melalui Laluan Jingga.

Sistem metro di Montreal ini merupakan yang tersibuk di Kanada dan ketiga tersibuk di benua Amerika Utara dari segi jumlah penumpang harian, selepas Bandaraya New York, Amerika Syarikat dan Bandaraya Mexico. Pada 2014, purata 1.24 juta penumpang telah menggunakan Metro Montreal pada hari bekerja dengan 357 juta perjalanan dibuat pada tahun tersebut.[1][2] Menurut STM, lebih 7 bilion penumpang telah dibawa oleh metro ini pada 2010.

Rangkaian

Aliran Metro Montreal
AliranStesen terminalTahun dibuka
Tahun sambungan terakhirPanjang (km)Bilangan stesenKekerapan kereta api (minit)
Waktu puncakWaktu luar puncak
AHijauAngrignonHonoré-Beaugrand1966197822.1273–54–11
BJinggaCôte-VertuMontmorency1966200730.0313–44–8
CKuningBerri-UQAMLongueuil–Université-de-Sherbrooke196719674.2534–55–10
DBiruSnowdonSaint-Michel198619889.7124–55–10

Rujukan

Pautan luar