Nicky Astria

Nastiti Karja Dewi (lahir 18 Oktober 1967), atau lebih dikenali sebagai Nicky Astria, ialah seorang penyanyi wanita Indonesia.

Nicky Astria
Nama lahirNastiti Karja Dewi
Kelahiran (1967-10-18) 18 Oktober 1967 (umur 56)
Bandung, Jawa Barat, Indonesia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi dan pelakon
Tahun aktif1982–kini
Syarikat rakaman
Aquarius Musikindo
Harpa Records
Musica Studio's

Nicky dilahirkan di Bandung, Jawa Barat dan merupakan anak kepada seorang guru sekolah dan pemuzik. Nicky mula menyanyi pada tahun 1975 semasa keluarganya berpindah di Kuala Lumpur, Malaysia. Selepas beberapa tahun mengambil bahagian dalam festival dan mengambil latihan vokal, pada tahun 1984 beliau telah menandatangani kontrak dengan AMK Records. Walaupun album pertama beliau menjunam, beliau mendapat kejayaan dengan album kedua dan ketiga, Jarum Neraka dan Tangan-Tangan Setan.

Bruce Emond dari The Jakarta Post menyifatkan beliau sebagai "salah satu yang bintang muzik terbesar Indonesia akhir 1980-an",[1] manakala pemain gitar merangkap penulis lagu Ian Antono memanggil beliau "penyanyi pop rock wanita terbaik Indonesia yang pernah lihat".[2] Dua daripada lagu-lagunya, "Jarum Neraka" dan "Tangan-Tangan Setan" (kedua-dua 1985), telah disenaraikan sebagai antara lagu Indonesia terbaik sepanjang masa oleh Rolling Stone Indonesia pada tahun 2009.

Biografi

Kehidupan dan kerjaya awal

Dewi dilahirkan pada 18 Oktober 1967 di Bandung kepada Tatang Kosasih Wirahadimaja, seorang guru sekolah, dan Andrina Heryati, seorang pemuzik tradisional; beliau merupakan anak perempuan tunggal, dan keempat daripada lima beradik. Dewi dikenali sebagai tomboi semasa zaman remajanya[3] dan berketurunan Sunda.[4] Pada 1972, bapanya dihantar ke ketua sekolah Indonesia di kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Malaysia. Dewi, walaupun pada usia itu memulakan tadika, telah memohon pada gred pertama. Beliau dilaporkan mengalami masalah pada mulanya, kerana keluarganya bertutur Bahasa Sunda di rumah, lantas mengalami kesukaran mempelajari bahasa Indonesia.[3]

Dewi menyanyi di khalayak buat pertama kalinya semasa majlis Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos 1975. Apabila ia diterima ramai, beliau mula menyanyi di majlis formal berbeza, atas permintaan bapanya.[3] Keluarganya pulang ke Bandung pada 1975, dan Dewi memohon belajar di SMA Halimun. Beliau terus menyanyi dan menerima laithan vokal, dan menjelang tamat persekolahan, beliau telahpun bersaing di Festival Penyanyi Pop Anak-Anak. Ketika masih berada di SMA Negeri 13 – di mana beliau ditangkap beberapa kali kerana ponteng sekolah dan tidak membayar yuran sekolahnya - Dewi bertanding dalam Festival Penyanyi Pop Tingkat Remaja. Walaupun beliau berhasrat untuk menjadi seorang penyanyi, bapanya mahu Dewi mencari pekerjaan lain.[5]

Pada 1981, Wirahadimaja meninggal dunia. Di ranjang, bapanya memberikan Dewi kebaikannya untuk beliau menjadi penyanyi; beliau baru sahaja menerima honorarium pertama untuk membuat persembahan, Rp. 25,000 untuk mempersembahkan lagu Ahmad Albar "Balada Sejuta Wajah". Kematian ayahnya meninggalkan keluarganya miskin dari segi kewangan, yang membawa kepada Dewi berpindah ke rumah neneknya. Beliau memberikan persembahan rock pertama beliau dengan Ronners di Rally Rock Jakarta-Bandung di Jakarta.[6]

Kerjaya profesional

Pada 1984,[1] Dewi menandatangani dengan AMK Records; untuk menjadi lebih komersial, beliau mengguna pakai nama pentas Nicky Astria. Beliau kemudiannya mengeluarkan album pertama Semua dari Cinta, yang menampilkan lagu oleh Tarida Hutauruk dan Jelly Tobing.[7] Album yang mempunyai apa yang diketengahkan ialah bunyi muzik pop.[8] kurang mendapat sambutan.[7] Beliau kemudiannya diperkenalkan oleh beberapa tokoh muzik, termasuk gitaris, pemuzik dan penulis lagu Ian Antono, yang berkhidmat sebagai penerbit dan membantu beliau melanjutkan kerjayanya.[9] Beliau diuruskan oleh adiknya Bucky buat pertama kali dalam kerjayanya.[7]

Album kedua Astria, Jarum Neraka, dikeluarkan pada 1985. Ia mempunyai lebih banyak jiwa rock dan terjual sebanyak 350,000 salinan, menjadikannya album rock Indonesia pertama berbuat demikian. Ia diikuti oleh Tangan-Tangan Setan, juga pada 1985;[8] album ketiganya membawanya kejayaan arus perdana.[10] Kejayaan Astria membawa kepada kemunculan ramai penyanyi rock wanita.[8] selepas tiga penyanyi rock wanita terdahulu telah meninggalkannya lebih awal.[7] Biarpun abang sulungnya, Dicky mahu beliau menyertai universiti, Astria menumpukan perhatiannya kepada kerjaya muziknya.[2]

Setiap tahun dari 1985 hingga 1987, Astria memenangi Anugerah BASF bagi Penyanyi Rock Wanita Terbaik.[7] Pada lewat 1980an Astria menjelajah bersama rocker wanita Nike Ardilla dan Anggun, kerap berkongsi bilik meskipun pihak media menyangka mereka ialah pesaing.[11] Astria mengadakan persembahan di Festival Muzik Tokyo pada 1988, menyanyikan salah satu lagunya dan mengambil bahagian dalam rendisi lagu bahasa Jepun "Hana".[12] Pada 1989, Astria mengeluarkan versi gubahan semula "Jarum Neraka", lagu tituler dari album keduaya.[8] Menjelang akhir 1980an, beliau berlakon dalam Biarkan Aku Cemburu, selepas dijemput oleh jirannya Eddy D. Iskandar.[2]

Pada 1999, Astria merakamkan lagu duet bersama Chrisye, bertajuk "Khayalku", untuk versi gubahan semula bagi album 1977 Badai Pasti Berlalu.[13] Pada 2001, beliau merupakan salah seorang pemuzik yang mengasaskan Perguruan Tinggi Musik Bandung, yang mengajar aspek muzik dan perniagaan bagi industri muzik.[14] Dua tahun kemudian, semasa jelajah promosi untuk album terkininya Maafkan, seorang peminat telah terbunuh dalam satu pergaduhan di konsert di Cirebon.[10]

Legasi

Dua lagu Astria telah disenaraikan oleh Rolling Stone Indonesia dalam senarai 150 Lagu Indonesia Terbaik Sepanjang Zaman. "Jarum Neraka", dari album dengan judul sama, telah diletakkan ke kedudukan 54, sementara "Tangan-Tangan Setan", dari album dengan judul sama, telah diletakkan ke kedudukan 57.[8] Ian Antono menyifatkannya sebagai "penyanyi pop rock wanita terbaik Indonesia".[a][2]

Kehidupan peribadi

Perkahwinan pertama Astria ialah bersama Satria Kamal, anak kepada seorang ahli politik pada 1992.[4] Pasangan itu mempunyai dua anak sebelum mereka bercerai pada awal 2000-an. Astria kemudian berkahwin dengan Hendra Priyadi, pemilik sebuah studio muzik, pada tahun 2003. Pasangan itu bercerai setahun kemudian. Beliau berkahwin dengan Gunanta Afrina pada tahun 2005; pasangan itu mempunyai seorang anak bersama-sama.[15] Astria beragama Islam.[1]

Diskografi

Album studio

  1. Semua Dari Cinta (1983)
  2. Jarum Neraka (1984)
  3. Tangan Tangan Setan (1985)
  4. Gersang (Kar'na Siapa?) (1986)
  5. Bias Sinar (1990)
  6. Matahari Dan Rembulan (1990)
  7. Rumah Kaca (1992)
  8. Gairah Jiwa (1993)
  9. Negeri Khayalan (1994)
  10. Mengapa (1995)
  11. Kau (1998)
  12. Suka (1998)
  13. Jangan Ada Angkara (1999)
  14. Uang (1999)
  15. Samar Bayangan (2000)
  16. Kemana? (2003)
  17. Retrospective (2012)

Album mini

  1. Gelombang Kehidupan (1991)
  2. Permata Biru (1994)

Album Duet

  1. Jangan Bedakan Kami - bersama Pakarock (1989)
  2. Jangan Ada Luka - bersama Ahmad Albar (1996)

Album Alternatif

  1. Cinta Di Kota Tua (1988)
  2. Bias Sinar (1990)

Album Kompilasi

  1. Festival Lagu Populer Indonesia - Pijar (1987)
  2. 1 Jam Bersama Nicky Astria (2000)
  3. The Best of Nicky Astria (2001)
  4. 20 Golden Best Nicky Astria AMI Awards 2000 (2003)

Catatan

Rujukan

Nota kaki
Bibliografi

Pautan luar