Olm

Olm (nama saintifik: Proteus anguinus) ialah sejenis salamander dalam genus Proteus keluarga Proteidae.[2] Ia spesies endemik yang hidup dalam air yang mengalir melalui gua-gua batu kapur dalam karst Banjaran Alp Dinara Eropah Tengah dan Tenggara, khususnya selatan Slovenia, lembangan sungai Soča berdekatan Trieste, Itali, barat daya Croatia, dan Bosnia dan Herzegovina.[3] Spesies ini diperkenalkan dekat Vicenza, Itali, dan Kranj, Slovenia.[4]

Olm
Sepasang olm
di Gua Postojna, Slovenia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Proteidae
Genus:
Proteus

Laurenti, 1768
Spesies:
P. anguinus
Nama binomial
Binomial anguinus
Laurenti, 1768
Subspesies

Proteus anguinus anguinus
Laurenti, 1768
Proteus anguinus parkelj
Sket & Arntzen, 1994

Taburan semulajadi

Olm dikenali kerana adaptasinya dalam habitat bawah tanah yang gelap gelita. Mata olm buta kerana kurang membangun, sementara deria-deria lain ia terutamanya bau dan pendengaran dibangun dengan tajam. Kulitnya kurang pigmentasi. Ia mempunyai tiga jari kaki pada kaki depannya, tetapi dua jari kaki pada kaki belakangnya. Ia mengekalkan ciri tahap larva seperti insang luar apabila mencapai tahap dewasa.[5]

Rujukan