Orang Melayu Johor

Orang Melayu Johor merupakan antara sub-suku etnik Melayu yang merupakan penduduk di negeri Johor dan juga kawasan-kawasan sempadan seperti selatan Pahang (Daerah Rompin), Daerah Tampin di Negeri Sembilan serta Daerah Jasin di Melaka malah sebilangan besar komuniti penghijrah serta keturunan mereka yang lahir atau membesar di Metropolitan Lembah Klang iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta bandar-bandar besar utama di negeri Selangor. Majoriti penduduk negeri Johor dari kalangan orang Melayu Johor terdiri daripada kalangan dari suku Jawa, Banjar dan Bugis.

Orang Melayu Johor
اورڠ ملايو جوهر
Kawasan ramai penduduk
seluruh Johor, selatan Melaka (daerah Jasin), selatan Negeri Sembilan (daerah Tampin), selatan Pahang (daerah Rompin), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor
Bahasa
Bahasa Malaysia piawai, juga bahasa keturunan seperti Bahasa Banjar, Bahasa Jawa dan Bahasa Bugis, Inggeris, Arab
Agama
Sunni Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Malaysia

Pengenalan

Orang Melayu Johor umumnya terdiri daripada Melayu Jati Johor dan juga Melayu Dagang yang sebahagiannya berasal dari keturunan Jawa dan Bugis dari Jawa Tengah, Jawa Timur dan juga Sulawesi Selatan, Indonesia, tetapi sebilangan daripada mereka juga berketurunan suku Banjar dari Kalimantan Selatan serta Kalimantan Tengah, Indonesia. Penghijrahan mereka secara beramai-ramai berlaku ketika pemerintahan Sultan Johor Moden pertama, Sultan Abu Bakar ketika pembukaan besar-besaran ladang gambir. Selain itu, terdapat juga penghijrah keturunan Melayu Terengganu yang tertumpu di pantai timur Johor terutamanya di daerah Mersing. [2]

Sejarah

Semasa pemerintahan Sultan Johor Moden pertama, Sultan Abu Bakar, pembukaan banyak ladang-ladang gambir di Johor menyebabkan kepada keperluan untuk mendapatkan tenaga kerja. Baginda telah membuka pintu kepada para penduduk asal Indonesia untuk bekerja dan menetap di Johor. Kebanyakan daripada mereka berasal dari suku Jawa dan Bugis.[3]

Nama etnik

Pada hari ini, kebanyakkan etnik Melayu Johor menggelar diri mereka sebagai Bangsa Johor.[4]

Bahasa

Bahasa Melayu Johor boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek Bahasa Melayu (piawai), Bahasa Jawa dan Bahasa Bugis[5]

Bahasa Melayu JohorBahasa Melayu Standard
Pak kalNasiblah
SemangkaTembikai
KopekBuka
TarukLetak
NengokTengok
OterUbah
KememehSuka menangis
SarapSarapan
JohorJohor Bahru
Tak semenggahTak senonoh
DedorNak demam
LonggorLonggar
SokkaborSurat khabar
KecurTerliur
TerejalNakal

Adat dan budaya

Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Johor mempunyai persamaan dengan Melayu Semenanjung Malaysia. Perbezaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeza dengan Bahasa Melayu standard. Antara Kebudayaan Melayu Johor ialah:

Tokoh-tokoh Melayu Johor

Perdana Menteri Malaysia ke-8, Muhyiddin Yassin

Rujukan