Paip gas Sakhalin–Khabarovsk-Vladivostok

Talian paip gas Sakhalin–Khabarovsk-Vladivostok ialah suatu talian paip di Rusia, untuk menyalurkan gas ali dari Sakhalin ke Timur Jauh Rusia (Jajahan Khabarovsk dan Jajahan Primorsky).

Talian paip Sakhalin–Khabarovsk–Vladivostok
Country/ProvinceTimur Jauh, Rusia
OperatorGazprom Invest Vostok
PartnersGazprom
Maximum discharge36.5 billon meter padu setahun
General directiontimur-barat-selatan
FromSakhalin
Passes throughKomsomolsk-on-Amur, Khabarovsk
ToVladivostok
Established8 September 2011[1]

Sejarah

Pada September 2007, Persekutuan Industri Dan Kementerian Tenaga Rusia meluluskan program saluran gas untuk Siberia Timur dan Timur Jauh.[2] Projek saluran paip diluluskan oleh lembaga pengarah syarikat Gazprom pada 23 Julai 2008. Pada mesyuarat sama, lembaga pengarah Gazprom bersetuju untuk membeli 445 kilometer (277 batu) fasa pertama lama paip gas SakhalinKomsomolskKhabarovsk, yang telah digunakan sejak November 2006 daripada Daltransgaz, sebuah anak syarikat bekas Rosneft.[3]

Reka bentuk dan kerja eksplorasi telah disiapkan November 2008. Dokumentasi kerja telah disediakan pada April 2009. Pembinaan telah dilancarkan pada 31 Julai 2009 di Khabarovsk yang dihadiri oleh Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin.[4] Talian paip ini dibuka pada 8 September 2011. Upacara pembukaan di Pulau Russky sekali lagi dihadiri oleh Perdana Menteri Putin.[1][5]

Laluan

Paip gas 1,830 kilometer dari Sakhalin lama ke Khabarovsk - Vladivostok mengandungi dua seksyen.Seksyen Vladivostok dijangka disiapkan pada 2011. Fasa pertama Seksyen Sakhalin–Komsomolsk–Khabarovsk, membekalkan gas daripada Gazprom Timur Jauh . Paip sepanjang 1,350 kilometer bersambung dari Sakhalin. Di Khabarovsk, ia akan bersambung ke Yakutia–Khabarovsk-Vladivostok.

Di Primorsky Krai , saluran paip gas ini seterusnya akan diekspot ke Jepun dan Korea Selatan . Di sini akan dibina kompleks petrokimia.

Huraian teknikal

Keupayaan saluran paip akan membekalkan 8 bilion meter padu (bcm) setiap tahun gas asli di peringkat pertama, dan 30–36.5 bcm kemudian, di mana 8 bcm akan dibekalkan daripada Sakhalin. Ia dijangka menelan belanja US$21–24 Bilion.

Sumber bekalan

Pada asalnya saluran paip itu adalah dirancang dari projek Sakhalin-III dengan gas tambahan disediakan dari projek Sakhalin-II . Bagaimanapun, kerana kelewatan membangun Sakhalin-III, pembekal utama saluran paip ditukar menjadi projek ExxonMobil Sakhalin-I projek. Bagaimanapun, tiada kontrak telah ditandatangani.

Pemaju

Projek saluran paip ini dibangunkan oleh Gazprom Invest Vostok, sebuah anak syarikat Gazprom.

Lihat juga

  • Dasar tenaga Rusia

Rujukan