Pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat

wabak virus di Amerika Syarikat

Pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang sedang berlaku, penyakit berjangkit baru yang disebabkan oleh koronavirus sindrom pernafasan akut yang teruk 2 (SARS-CoV-2), merebak ke Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2020. Kes telah berlaku di semua lima puluh negeri AS, Daerah Columbia, dan semua wilayah AS yang didiami kecuali Samoa Amerika.[5] Semua lima puluh negeri telah menerima pernyataan bencana dari kerajaan persekutuan.[6] Sehingga 21 April, kadar kematian AS ialah 129 per juta penduduk dan ke-10 tertinggi dalam hubungannya dengan negara lain yang melaporkan.[7] Pada 28 April, kes disahkan di AS telah mencecah angka satu juta kes dengan jumlah kematian yang dikatakan melebihi jumlah kematian akibat Perang Vietnam.[8]

Pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat
Jumlah kes disahkan per juta orang mengikut negeri
(setakat Mei 8, 2020).
Jumlah kes disahkan mengikut negeri
(setakat Mei 6, 2020).
  Tiada kes disahkan
  <5,000 kes
  5,000–10,000 kes
  10,001–25,000 kes
  25,001–250,000 kes
  >250,000 kes
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiAmerika Syarikat
Asal wabakWuhan, Hubei, China[1]
Tarikh ketibaan15 Januari 2020[2]
(4 tahun, 3 bulan dan 5 hari)
Kes yang disahkan1,342,594 (CDC, termasuk kes mungkin)
1,369,574 (JHU, termasuk kes mungkin)
Sembuh230,287 (JHU)[3]
Kematian
80,820 (CDC, termasuk kematian mungkin)[4]
Laman web rasmi
coronavirus.gov

Kes COVID-19 pertama diketahui di AS disahkan pada 20 Januari 2020, iaitu seorang wanita berusia 35 tahun yang telah kembali dari Wuhan, China, lima hari sebelumnya.[2] Pada 29 Januari, Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih ditubuhkan.[9] Dua hari kemudian, pentadbiran Trump mengisytiharkan darurat kesihatan awam dan mengumumkan larangan kebanyakan warganegara asing datang dari China.[10][11] Pada 26 Februari, seseorang yang "tidak terdedah kepada virus melalui perjalanan atau hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti diketahui" disahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).[12] Namun begitu, tindakan AS dalam menanangi pandemik pada peringkat awal disifatkan sebagai perlahan,[13] dan Trump dikatakan optimis dengan kawalan pandemik, menyatakan bahawa pandemik COVID-19 di AS adalah terkawal.[14] Sebuah darurat kebangsaan telah diisytiharkan oleh Trump pada 13 Mac.

Statistik

Rujukan

Pautan luar