Pandemik COVID-19 di Serbia
Pandemik COVID-19 di Serbia ialah wabak penyakit koronavirus 2019 di Serbia disebabkan oleh SARS-CoV-2. Kes pertama di Serbia dilaporkan pada 6 Mac 2020,[1] dan disahkan oleh Menteri Kesihatan Zlatibor Lončar,[2] kes itu adalah seorang lelaki berusia 43 tahun dari Bačka Topola yang telah pergi ke Budapest.[3]
Pandemik COVID-19 di Serbia | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Serbia (tidak termasuk Kosovo[a]) |
Kes indeks | Subotica 6 Mac 2020 (1505 days ago) |
Tarikh ketibaan | 6 Mac 2020 – kini (4 tahun, 1 bulan, 1 minggu dan 6 hari) |
Kes yang disahkan | 104,097 |
Kes aktif | 5,589 |
Sembuh | 97,398 |
Kematian | 1,110 |
Laman web rasmi | |
covid19 covid19 |
Sehingga 20 Nov 2020, 1.573.980 individu telah diuji, di mana terdapat 104.097 kes yang disahkan dan 1.110 kematian di Serbia, sementara ada 5.589 orang yang ditakrifkan sebagai kes aktif.[4]
Latar belakang
Pada 12 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa novel koronavirus ialah penyebab penyakit pernafasan di sekumpulan orang di Bandar Wuhan, Provinsi Hubei, China, yang dilaporkan kepada WHO pada 31 Disember 2019.[5][6]
Nisbah kematian kes untuk COVID-19 jauh lebih rendah daripada SARS tahun 2003,[7][8] tetapi penularannya jauh lebih tinggi, dengan jumlah kematian yang ketara.[9]