Pandemik COVID-19 di Taiwan

Pandemik COVID-19 di Taiwan bermula dengan penemuan pesakit penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) pada 21 Januari 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan. Pesakit pertama tersebut ialah seorang wanita berusia 55 tahun yang baru kembali ke Taiwan dari mengajar di Wuhan.[3] Setakat 6 April 2020, Taiwan telah mengesahkqn 373 kes positif COVID-19. Ini bererti 10 kes dari sebanyak 363 kes yang tercatat bertambah pada 5 April 2020. Sembilan kes merupakan kes import, sementara satu kes merupakan hasil pemindahan atau penularan dalam negeri.[4] Kes penularan tempatan dihadapi oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dan memiliki dua rakan yang juga dikesan positif COVId-19. Sementara kes import terjadi kepada beberapa warga Taiwan yang memiliki sejarah perjalanan ke Amerika Syarikat, England, Indonesia, dan Iceland. Jarak isia mereka ialah 20-49 tahun, memasuki Taiwan antara 21 Mac-4 April 2020 dan mula menunjukkan gejala pada 10 Mac-4 April.

Pandemik COVID-19 di Taiwan
Kes yang disahkan positif per satu juta penduduk mengikut wilayah
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiTaiwan
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Kes indeksLapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan
Tarikh ketibaan21 Januari 2020
(4 tahun, 2 bulan dan 4 minggu)
Kes yang disahkan569[1][2]
Sembuh523[1]
Kematian
7[1]
Laman web rasmi

www.cdc.gov.tw/En

Pandemik ini memiliki kesan yang sederhana terhadap Taiwan secara keseluruhan berbanding dengan negara-negara lain, mengambil kira jarak antara China sebagai lokasi asal COVID-19 dikesan dengan negara yang statusnya terasing secara antarabangsa serta banyak lalu lintas penerbangan antaraselat yang mencapai ribuan penerbangan setiap minggu.[5] Setakat 5 Mac misalnya, Taiwan hanya memiliki 45 kes positif COVID-19, lebih rendah lima kali ganda berbanding Belanda yang secara geografi, lokasinya jauh dari China serta tidak memiliki lalu lintas pengangkutan yang sebesar Taiwan dengan China sendiri.[6] Kejayaan Taiwan sejauh ini dalam mencegah kes positif COVID-19 dipuji banyak pihak.[7] Pencegahan yang berkesan di Taiwan dihubungkan dengan sistem kesihatan negara itu yang merupakan salah satu yang terbaik di dunia, juga disokong oleh pengambilan keputusan yang cepat dan penggunaan teknologi yang sesuai.[8]

Rujukan