Pangkalan data Oracle

Pangkalan data Oracle ialah sebuah pengkalan data hubungan objek yang diterbitkan dan dipasarkan oleh Oracle Corporation. Versi asal pangkalan data ini dibangunkan oleh SDL, sebuah syarikat yang dibentuk pada tahun 1977 oleh Larry Ellison bersama rakan serta bekas rakan sekerjanya, Bob Miner dan Ed Oates. Nama Oracle adalah sempena nama kod bagi sebuah projek biayaan CIA yang Larry pernah terlibat semasa masih bekerja di Ampex.

Pangkalan data Oracle
PembangunOracle Corporation
Keluaran stabil
18c (18.1)[1] / 16 Februari 2018; 6 tahun yang lalu (2018-02-16)
Bahasa pengaturcaraanBahasa himpunan, C, C++[2]
JenisPangkalan data berbilang model
LesenBerhak milik[3]
Tapak weboracle.com/database

Struktur fizikal dan logik

Sesebuah sistem pangkalan data Oracle—dicam dengan pengecam sistem atau SID (system identifier) abjad-angka[4]—terdiri daripada sekurang-kurangnya satu tika aplikasi serta storan data. Proses-proses biasa termasuklah PMON (pemantau proses) dan SMON (pemantau sistem).

Storan

Data disimpan secara logik dalam bentuk ruang jadual manakala dalam bentuk fail data secara fizikal. Ruang jadual boleh diisi dengan pelbagai jenis segmen ingatan, contohnya Segmen Data, Segmen Indeks, dan sebagainya. Segmen pula terdiri daripada satu atau lebih extent, yakni kelompok-kelompok blok data bersempadan. Blok-blok data membentuk unit asas bagi storan data.

DBA boleh meletakkan quota maksimum pada sesuatu storan mengikut pengguna pada setiap ruang jadual.[5]

Skema pangkalan data

Kebanyakan pemasangan datang dengan skema lalai bernama SCOTT. Selepas proses pemasangan membuat jadual-jadual contoh, pengguna boleh melog masuk ke pangkalan data menggunakan nama pengguna scott dan kata laluan tiger. Nama skema SCOTT datang daripada nama Bruce Scott, salah seorang pekerja terawal Oracle (pada ketika itu Software Development Laboratories), yang mempunyai seekor kucing bernama Tiger.[6]

Seni bina proses

Proses Oracle

Oracle RDBMS selalunya bergantung kepada sekelompok proses yang berjalan serentak di latar sambil berinteraksi dengan pemantau dan mempercepat operasi-operasi pangkalan data. Persekitaran pengendalian yang biasa mungkin melibatkan – sementara mahupun kekal – beberapa proses berdikari berikut (disertakan dengan tatanama singkatannya):[7]

  • penggiliran maju (Qnnn)[8]
  • pengarkib (ARCn)
  • titik semakan (CKPT) *PERLU*
  • coordinator-of-job-queues (CJQn): mewujudkan proses hamba untuk giliran kerja secara dinamik
  • penulis pangkalan data (DBWn) *PERLU*
  • Data Pump master (DMnn)[9]
  • pekerja Data Pump (DWnn)[9]
  • dispatcher (Dnnn): memultipleks proses-proses pelayan bagi pihak pengguna
  • pemantau Data Guard Broker induk (DMON)[10]
  • proses hamba giliran kerja (Jnnn)[11]
  • penulis log (LGWR) *REQUIRED*
  • log-write network-server (LNSn):[12] menyiarkan log-log redo dalam persekitaran Data Guard
  • logical standby coordinator process (LSP0): mengawal aplikasi log Data Guard
  • media-recovery process (MRP): proses berkecuali pelayan pemulian
  • memory-manager process (MMAN): digunakan untuk tugas-tugas pangkalan data dalaman seperti Automatic Shared Memory Management (ASMM)
  • memory-monitor process (MMON): process for automatic problem-detection, self-tuning and statistics-gathering[13]
  • memory-monitor light process (MMNL): gathers and stores Automatic Workload Repository (AWR) data
  • mmon slaves (Mnnnn—M0000, M0001, etc.): background slaves of the MMON process[14]
  • netslave processes (NSVn): Data Guard Broker inter-database communication processes[15]
  • parallel query execution servers (Pnnn)[16]
  • process-monitor process (PMON) *REQUIRED*
  • process-spawner process (PSP0): spawns Oracle background processes after initial instance startup[17]
  • queue-monitor coordinator process (QMNC): dynamically spawns queue monitor slaves[18]
  • queue-monitor processes (QMNn)
  • recoverer process (RECO)
  • remote file-server process (RFS): in Oracle Data Guard, a standby recipient of primary redo-logs[19]
  • monitor for Data Guard management (RSM0): Data Guard Broker Worker process[20]
  • shared server processes (Snnn): serve client-requests
  • space-management coordinator process (SMCO): coordinates space management (from release 11g)[21]
  • system monitor process (SMON) *REQUIRED*

Proses, sambungan dan sesi pengguna

Istilah Pangkalan data Oracle membezakan istilah sains komputer berbeza dalam menggambarkan bagaimana pengguna akhir berinteraksi dengan pangkalan data:

  • proses pengguna melibatkan penyeruan perisian aplikasi[22]
  • sambungan merujuk kepada laluan yang memautkan proses pengguna kepada tika Oracle[23]
  • sesi terdiri daripada kumpulan-kumpulan interaksi tertentu yang didirikan, di mana setiap kumpulan melibatkan satu proses pelanggan dan satu tika Oracle.[24]

Setiap sesi dalam sesebuah tika memiliki pengenal pasti sesi yakni ID sesi (session ID) atau "SID"[25][26] (tidak sama dengan pengenal pasti sistem Oracle, SID), dan mungkin turuk memiliki SPID (pengenal pasti proses sistem pengendalian) berkait.[27]

Rujukan

Pautan luar