Parti politik

Parti politik (Mal., Sin., daripada peminjaman bahasa Inggeris party) atau partai politik (Mal.,[1] Ind.,[2] daripada peminjaman bahasa Belanda partij[3]) ialah suatu pertubuhan politik di mana ahli-ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk pemerintahan dalam sesebuah negara supaya ideologi dipegang boleh dijadikan dasar pemerintahan yang diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti pemerintahan atau parti yang lebih besar dan menjadi sebuah barisan parti politik.

Hak untuk menubuhkan serta menjadi ahli parti politik adalah suatu hak asasi manusia iaitu di bawah Artikel 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam pemerintahan negaranya. Oleh itu, parti pemerintahan yang menyekat kebangkitan parti-parti politik boleh dianggap sebagai mengamalkan totalitarianisme kerana mahu memonopolikan pemerintahan dan menyekat perkembangan parti pembangkang.

Siri Politik
Subsiri Politik

Gambaran umum

Pendirian

Parti-parti ini lazimnya kelompok yang mempertandingkan jawatan politik[4]:3 di bawah suatu pengenalan bersama sesama para anggotanya; lagi-lagi apabila dicalonkan dalam suatu pilihan raya.[5]:3 Ia boleh dilanjutkan lagi merujuk kepada pihak yang menyokong kelompok ini termasuk orang awam, relawan dan pegawai yang bersekutu menduduki dalam pemerintahan negara.[6] Penanggapan dan kesahihan sesebuah pertubuhan sebagai badan pelantik jawatan ini bergantung kepada takrifan ditetapkan undang-undang negara.[7]

Kelompok partai mengenalkan diri menggunakan lambang dan warna agar mudah diingati orang ramai; hal ini banyak membantu dalam media grafik.[8] [9] Parti-parti yang berkongsi ideologi dalam berbilang negara cenderung menggunakan warna yang agak sama.[10][11]

Sokongan

Parti-parti politik sering membelanjakan banyak wang untuk memastikan penggiatan mereka membuahkan hasil melalui pelatihan aktivis, menghasilkan hebahan dan iklan parti, mempromosikan agenda parti serta melakukan kajian yang boleh memanfaatkan dasar-dasar ingin dilakukan parti. Wang ini dikumpul baik dari para anggota mahupun pertubuhan pengurusan ditubuhkan pihak parti sendiri.[12] maka pendanaan ini amatlah penting dalam politik sesebuah negara.[12] Pendanaan ini diperuntukkan dari institusi negara itu sendiri[12][13] yang adakala berkadar mengikut saiz parti ditubuhkan.[14]

Sistem aturan

Semua parti-parti ini digolongkan dalam suatu sistem utama[15] yang bercirikan bilangan kelompok yang ada serta kecenderungan membentuk pemerintah melalui pengaruh yang ada.[16]

Senarai parti politik

Mengikut ideologi

Mengikut negara

ASIA

AMERIKA



AFRIKA

Rujukan