Penangkapan anti rasuah Arab Saudi 2017

Sejumlah nama kerabat Arab Saudi, menteri-menteri kerajaan dan ahli perniagaan di tahan pada November 2017 berikutan penubuhan sebuah jawatankuasa anti rasuah yang dipimpin oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman. Mereka ditahan di hotel Ritz-Carlton di Riyadh[1] yang kemudiannya hotel tersebut terpaksa menolak sebarang tempahan baru dan memberitahu pelanggan untuk meninggalkan hotel.[2] Pesawat peribadi juga ditahan untuk mengelakkan suspek melarikan diri ke luar negara.[2]

Putera Mohammad bin Salman, pengurus Jawatankuasa Anti-Rasuah Saudi yang mengarahkan penangkapan.

Bank-bank di Arab Saudi turut telah membekukan lebih daripada 1,200 akaun kepunyaan individu dan syarikat dalam kerajaan sebagai sebahagian daripada pembersihan anti rasuah.[3]

Senarai orang yang terlibat

Mereka yang ditangkap, ditahan, atau dipecat dari jawatan mereka termasuk:

Kerabat

  • Putera Al-Waleed bin Talal, ahli perniagaan[4]
  • Putera Mutaib bin Abdullah, bekas ketua Pengawal Kebangsaan Arab Saudi dan anak kepada Raja Abdullah.[5] Beliau dilihat sebagai individu paling berkuasa yang ditahan.[2]
  • Putera Turki bin Abdullah, bekas gabenor Riyard[6]
  • Putera Turki bin Nasser Al Saud, bekas ketua jabatan meteorologi dan persekitaran[7]
  • Putera Fahd bin Abdullah bin Mohammed Al Saud, bekas Timbalan Menteri Pertahanan Arab Saudi[8]
  • Putera Abdul Aziz bin Fahd, anak kepada Raja Fahd, terbunuh semasa menentang penangkapan[9]

Ahli politik dan ahli perniagaan

  • Khaled al-Tuwaijri, bekas ketua mahkamah diraja[6]
  • Adel Fakeih, bekas Menteri Ekonomi dan Perancangan[5]
  • Waleed bin Ibrahim Al Ibrahim, adik ipar Raja Fahd, pengerusi Syarikat Penyiaran Timur Tengah (MBC)[10]
  • Amr Al-Dabbagh, ahli perniagaan, CEO Al-Dabbagh Group (ADG)[10]
  • Ibrahim Abdulaziz Al-Assaf, bekas Menteri Kewangan[10]
  • Khalid Abdullah Almolhem, bekas ketua Penerbangan Arab Saudi[10]
  • Saleh Abdullah Kamel, ahli perniagaan, pemilik Arab Radio and Television Network dan pengasas Dallah al Baraka Group,[11]
  • Bakr bin Laden, pengerusi Saudi Binladin Group[12] and half-brother of Osama bin Laden.
  • Laksamana Abdullah bin Sultan bin Mohammed Al-Sultan, Komander Tentera Laut Diraja Saudi[7]
  • Mohammad al-Tobaishi, bekas ketua protokol di Mahkamah Diraja[13]
  • Saoud al-Daweesh, bekas ketua eksekutif Saudi Telecom Company[13]
  • Nasser Al-Tayyar, ahli perniagaan, ahli lembaga bukan eksekutif Al Tayyar Travel Group[14]
  • Mohammed Hussein Al Amoudi, ahli perniagaan[15]

Rujukan