Pencetakan 3D

Pencetakan 3D atau additive manufacturing (AM) merupakan proses mencipta objek tiga dimensi di mana bahan diacu berlapis-lapis di bawah kawalan komputer untuk membentuk objek. Objeknya boleh datang dalam pelbagai jenis rupa bentuk dan selalunya dihasilkan dengan menggunakan data model digital daripada model 3D ataupun sumber data elektronik yang lain seperti Fail Pembuatan Tambahan (Additive Manufacturing File, AMF).

Sebuah pencetak 3D keluaran syarikat Airwolf, selatan California, A.S.

Antara jenis-jenis pencetakan seumpamanya yang wujud ialah stereolitografi dan pemodelan deposit bercantum.

Prinsip

Pemodelan

Model yang mudah dicetak dihasilkan dengan bantuan pakej reka bentuk berbantu komputer melalui sama ada pengimbas 3D ataupun kamera digital biasa serta perisian fotogrametri. Model yang dihasilkan dengan bantuan CAD dapat dikurangkan ralat dalam penghasilannya serta boleh diperbetulkan sebagai suatu pengesahan pada saat akhir sebelum pencetakan dilakukan.[1] Penyediaan data geometrik grafik komputer secara manual pula dibuat sepertimana seni pembentukan dan pengolahan fizikal seperti seni ukir. Proses pengimbasan 3D terdiri daripada pengumpulan data digital bentuk dan rupa objek nyata yang kemudiannya dipergunakan untuk mencipta model digital saduran objek tersebut.

Pencetakan

Pembinaan model dengan kaedah pencetakan yang sedia ada boleh mengambil masa daripada beberapa jam sehinggalah ke beberapa hari bergantung kepada jenis pencetakan serta saiz dan reka bentuk model. Additive systems boleh mengurangkan masa penghasilan kepada sekurang-kurangnya beberapa jam namun kecekapan pengurangan ini berkait rapat dengan jenis mesin yang digunakan serta bilangan dan saiz model yang dihasilkan secara serentak.[2]

Pengemasan (finishing)

Sesetengah polimer mentah seperti ABS membolehkan kemasan luaran produk akhir dirapikan atau dipertingkatkan menggunakan kaedah wasap kimia tertentu[3] berasaskan aseton atau larutan yang berkaitan. Terdapat juga kaedah pencetakan yang berkebolehan menggunakan pelbagai bahan mentah secara serentak ketika proses pembuatan, termasuk pencetakan dalam pelbagai warna atau corak tanpa memerlukan sebarang kereta mengecat.

Aplikasi

Percetakan online jakarta ini telah banyak dipakai dalam pelbagai bidang untuk tujuan komersial yang begitu menguntungkan, seperti perindustrian, perubatan dan pembuatan barang.[4] Pembuatan penambahan makanan dipakai melalui kaedah ini untuk mengembangkan jenis makanan yang sesuai seperti coklat atau gula-gula, mahupun makanan jenis leper seperti biskut, pasta[5] atau piza[6][7] menjadi objek tiga dimensi secara lapisan demi lapisan.

Kaedah ini turut dieksperimenkan pereka fesyen untuk membuat pakaian seperti gaun, kasut dan bikini.[8]

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno