Penyu hijau
Penyu hijau, penyu agar,[3] penyu pulau atau penyu hitam (nama saintifik: Chelonia mydas)[3][4] adalah sejenis penyu besar yang berada di dalam keluarga Cheloniidae.[5] Ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Chelonia.[6] Taburan penyu ini meluas di lautan tropika dan subtropika seluruh dunia, dengan dua populasi berbeza di lautan-lautan Atlantik dan Pasifik, tetapi ia juga ditemukan di Lautan Hindi.[7][8]
Penyu hijau | |
---|---|
C. mydas berenang di atas terumbu karang di Hawaii. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Chelonia |
Spesies: | C. mydas |
Nama binomial | |
Chelonia mydas (Linnaeus, 1758) | |
Sinonim[2] | |
Sinonimi spesies
|
Nama penyu ini datangnya daripada lemak berwarna hijau atau hitam yang boleh dijumpai di bawah karapasnya.[3][9]
Ciri-ciri
Saiz penyu ini lebih kurang 1.2 meter dengan berat badannya mencapai 270 kg. Penyu hijau memiliki badan dorsoventral rata ditutupi oleh satu karapas besar, berbentuk air mata dan sepasang kaki sirip besar seperti pendayung.
Ia biasanya berwarna cerah, kecuali warna pada karapasnya yang hampir kehitam-hitaman bagi penyu yang didapati hidup di kawasan Pasifik Timur. Warna karapasnya berubah semakin tua umur penyu: penyu agar yang muda mempunyai warna gelap pada skut manakala karapas penyu yang dewasa berwarna hijau keperangan.[3]
Chelonia mydas telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh IUCN dan CITES dan dilindungi daripada dieksploitasi di kebanyakan negara. Adalah menjadi satu kesalahan untuk mengutip, membahayakan atau membunuh penyu hijau. Selain itu, banyak negara memiliki undang-undang dan ordinan bagi menlindungi kawasan pembiakan. Walau bagaimanapun, penyu hijau masih berada dalam bahaya di sebabkan beberapa tindakan manusia. Di beberapa negara selain faktor pencemaran, penyu dan telurnya juga diburu sebagai makanan. Banyak juga yang mati terperangkap di dalam jaring nelayan. Akhirnya, pembangunan berdekatan pensisiran pantai juga menyebabkan kemusnahan habitat ekoran musnahnya pantai pembiakan.
Ekologi
Penyu dewasa biasanya tinggal di lagun cetek.
Pemakanan
Penyu ini herbivor tidak seperti anggota-anggota lain dalam keluarganya; ia memakan pelbagai spesies rumpai laut dan rumpair.
Pembiakan
Sepertimana penyu laut yang lain, ia berhijrah dengan jarak yang jauh di antara tempat mencari makanan dan lokasi pembiakannya di pantai. Kebanyakan pulau di seluruh dunia dikenali sebagai Pulau Penyu kerana menjadi tempat untuk penyu laut hijau bertelur. Penyu betina akan naik ke pantai, menggali sarang dan bertelur pada waktu malam. Anak penyu akhirnya menetas dan memasuki air. Penyu ini mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk mencapai peringkat matang. Ia mungkin hidup sehingga umur 80 tahun di habitat liar.[7]
Spesies ini boleh didapati mendarat bertelur di kebanyakan negeri Malaysia kecuali Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor dan Perlis. Tempoh musim bertelur penyu ini berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain: di pantai barat Semenajung Malaysia, musim bertelur jatuh pada bulan Mac hingga Jun, kemuncak musim ini adalah pada bulan April hingga Mei. Di pantai timur Semenanjung ini pula, aktiviti bertelur berlaku pada bulan Januari hingga Oktober dengan kemuncaknya pada bulan Jun hingga Julai. Di Sabah dan Sarawak, musim bertelur pada bulan Januari hingga Disember dan musim kemuncak pada bulan Julai hingga Oktober.[3]
Penyu belimbing boleh bertelur sehingga lapan kali setiap musim, jumlah telur yang dihasilkan ini dalam lingkungan 100 hingga 140 biji setiap pendaratan.[3]
Galeri
- Penyu hijau Hawaii
- Anak penyu hijau yang baru menetas
- Penyu hijau yang berenang di kawasan terumbu karang Hawaii
Rujukan
Pautan luar
- "Chelonia mydas". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 21 Februari 2007.
- "Chelonia mydas". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter
|downloaded=
ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) - Images and movies (Chelonia mydas) Diarkibkan 2006-03-20 di Wayback Machine—ARKive
- US National Marine Fisheries Service green sea turtle page
- Sosyal Medya Uzmanı Nedir
- Floridian and Mexican populations—US Fish and Wildlife Service
- IUCN Red List entry
- Bakımlı Kadın
- Desktop wallpaper & fun green turtle facts
- Green Turtle video - Macaulay Library