Perang Candu Kedua

Perang Candu Kedua
Sebahagian daripada Perang Candu

Jambatan Palikao, pada petang pertempuran, oleh Émile Bayard
Tarikh8 Oktober 1856 – 24 Oktober 1860
Lokasi
China
Keputusan

Kemenangan Britain-Perancis

  • Perjanjian Tientsin
  • Konvesyen Peking
Perubahan
wilayah
Semenanjung Kowloon dan Pulau Stonecutters diserahkan kepada United Kingdom sebagai sebahagian daripada Hong Kong
Pihak yang terlibat

 United Kingdom

 Perancis


 Amerika Syarikat1
Qing China
Komandan dan pemimpin
  • United Kingdom Earl Elgin
  • United Kingdom Michael Seymour
  • United Kingdom Charles Straubenzee
  • United Kingdom James Grant
  • Perancis Jean-Baptiste Gros
  • Perancis Rigault de Genouilly
  • Perancis Charles Montauban

  • Amerika Syarikat Josiah Tattnall
Kekuatan
Britain:
13,127[1]
Perancis:
7,000[2]
200,000 anggota Manchu, Mongol, Han Bannermen, dan Han Green Standard Army
1 A.S. secara rasminya bersikap neutral, tetapi kemudian membantu Britain dalam Pertempuran Kubu Taku (1859).[3]
Templat:Campaignbox Second Opium War

Perang Candu Kedua, Perang Anglo-China Kedua, Perang China Kedua, Perang Arrow, atau Ekspedisi Anglo-Perancis ke China,[4] adalah sebuah pertempuran yang menemukan Empayar Britain dan Empayar Perancis melawan dinasti Qing dari China, berlangsung daripada tahun 1856 sehingga 1860.

Nama

Istilah "Perang Kedua" dan "Perang Arrow" kedua-duanya digunakan dalam kesusasteraan. "Perang Candu Kedua" merujuk pada salah satu tujuan taktikal Britain: menghalalkan perdagangan candu, mengembangkan perniagaan kuli, membuka China kepada para pedagang Britain, dan mengecualikan import luar negara daripada cukai transit dalaman.[perlu rujukan] "Perang Arrow" merujuk pada nama sebuah kapal yang menjadi pemula kepada konflik ini.

Permulaan perang

Perang ini terjadi selepas Perang Candu Pertama. Pada tahun 1842, Perjanjian Nanking—sebuah perjanjian pertama yang kemudian dipanggil China sebagai sebuah perjanjian berat sebelah telah memberi perlindungan dan kelebihan kepada Britain, dengan pembukaan lima buah pelabuhan dan penyerahan Pulau Hong Kong. Kegagalan pernjanjian ini dalam memenuhi tujuan Britain untuk mempertingkatkan perdagangan dan hubungan diplomatik membawa kepada Perang CAndu Kedua (1856–60).[5] Di China, perang ini dianggap sebagai[oleh siapa?] permulaan sejarah moden China.

Tempoh antara dua perang ini tindakan agresif berulang ke atas rakyat Britain menyebabkan Ekspedisi Canton dilancarkan pada tahun 1847 yang mana menyerang dan mengambil secara coup de main, pelabuhan-pelabuhan di Bocca Tigris dan memakukan sebanyak 879 buah meriam.[6]:501

Campur tangan Perancis

Hukuman ke atas mubaligh Persatuan Misi Luar Negara Paris, Auguste Chapdelaine menjadi penyebab rasmi penglibatan Perancis dalam Perang Candu Kedua.

Perancis menyertai tindakan Britain menentang China, setelah menerima aduan daripada duta mereka, Baron Jean-Baptiste Louis Gros, atas hukuman mati ke atas mubaligh Perancis, Father Auguste Chapdelaine,[7] oleh pihak berkuasa China tempatan di wilayah Guangxi, yang mana pada masa tersebut ditutup kepada orang luar. [8]

Pasukan tentera Britain dan Perancis bergabung di bawah Laksamana Sir Michael Seymour. Tentera darat Britain diketuai oleh Lord Elgin, manakala tentera darat Perancis oleh Gros. Mereka bersama-sama menyerang dan menduduki Canton (Guangzhou) pada akhir tahun 1857. Sebuah jawatankuasa bersama pasukan bersekutu dibentuk. Pihak Bersekutu mengekalkan gabenor kota di pangkat asal beliau bagi menjamin keamanan bagi pihak Bersekutu. Perikatan Britain-Perancis mengekalkan kawalan ke atas Canton selama hampir empat tahun.[perlu rujukan]

Pihak Bersekutu kemudian mara ke utara untuk menawan buat seketika Kubu Taku yang terletak berdekatan Tientsin (kini Tianjin) pada bulan Mei 1858.[perlu rujukan]

Lihat juga

Rujukan

Petikan

Bibliografi

Bacaan lanjut

Pautan luar

Templat:British colonial campaignsTemplat:French colonial campaigns

Templat:Use British English