Pertempuran Yunani

Pertempuran Yunani (juga dikenali sebagai Operasi Marita, Jerman: Unternehmen Marita)[15] adalah nama umum bagi pencerobohan Paksi ke atas Yunani Bersekutu oleh Jerman Nazi pada April 1941. Ia adalah seiring dengan pencerobohan Fasis Itali yang tersekat yang dikenali sebagai Perang Yunani-Itali. Ia biasanya dibezakan daripada Pertempuran Crete, yang muncul selepas tanah besar Yunani ditakluki. Operasi Paksi ini adalah sebahagian daripada Kempen Balkan Jerman yang lebih besar dalam Perang Dunia Kedua.

Pertempuran Greece
Sebahagian daripada Kempen Balkan semasa Perang Dunia Kedua

Peta menunjukkan pergerakan dan serangan
Jerman Nazi ke atas Yunani
Tarikh6–30 April 1941
Lokasi
Yunani dan selatan Albania
KeputusanKemenangan Kuasa Paksi
Pihak yang terlibat
Kuasa Paksi:
 Jerman Nazi
 Itali
 Bulgaria
Kuasa Bersekutu:
 Kerajaan Yunani
 United Kingdom
 Australia
 New Zealand
Komandan dan pemimpin
Jerman Nazi Wilhelm List
Jerman Nazi Maximilian von Weichs
Kerajaan Itali (1861–1946) Ugo Cavallero
Kerajaan Yunani Alexander Papagos
United Kingdom Henry Maitland Wilson
Australia Thomas Blamey
New Zealand Bernard Freyberg
Kekuatan
Jerman:[1][2]
680,000 askar
1,200 kereta kebal
700 pesawat
1Itali:[3]
565,000 askar
463 pesawat[4]
163 kereta kebal
Jumlah: 1,245,000 askar
1Greece:[5][6]
430,000 askar, 20 kereta kebal
Empayar British:[7][8][9][10][11]
262,612 askar
100 kereta kebal
200–300 pesawat
Kerugian dan korban
1Itali:[11]
13,755 maut,
63,142 cedera,
25,067 hilang
3Jerman:[12]
1,099 maut,
3,752 cedera,
385 hilang

1Yunani:[11]
13,408 terkorban,[13]


42,485 cedera,[14]
1,290 hilang
Empayar British:[7]
903 maut,
1,250 cedera,
13,958 ditawan

Sewaktu pencerobohan Jerman Nazi, Yunani sedang berperang dengan Itali Fasis, berikutan pencerobohan Itali pada 28 Oktober 1940. Pihak Yunani menyertai Kuasa Bersekutu dan mengalahkan serangan awal Itali dan serangan balas Mac 1941. Apabila Operasi Marita bermula pada 6 April, sebahagian besar tentera darat Yunani berada di sempadan Yunani dengan Albania, ketika itu adalah negara naungan Itali Fasis, dari mana tentera Itali cuba memasuki Yunani. Tentera Jerman menceroboh melalui Bulgaria, mewujudkan barisan depan yang kedua. Yunani telahpun menerima bala bantuan yang kecil dari tentera Empayar British, bagi menghadapi serangan Jerman tetapi tiada lagi bantuan dihantar selepas pencerobohan bermula. Tentera Yunani mendapati dirinya kekurangan dalam usaha menentang tentera Itali dan Jerman. Oleh itu, garisan pertahanan Bulgaria tidak menerima tentera bantuan yang mencukupi dan dengan cepat ditawan oleh pihak Jerman, yang kemudiannya mengatasi tentera Yunani di sempadan Albania, memaksa mereka menyerahkalah. Tentera Empayar British telah dikalahkan dan terpaksa berundur dengan matlamat pemindahan. Selama beberapa hari pasukan tentera Bersekutu memainkan peranan penting dalam membendung kemaraan Jerman keatas posisi Thermopylae, membolehkan kapal-kapal bersiap untuk memindahkan unit-unit yang mempertahankan Yunani.[16] Tentera Jerman tiba di ibukota Athens pada 27 Aprila[›] dan selatan pantai Yunani pada 30 April, menawan 7,000 askar Empayar British dan mengakhiri peperangan dengan kemenangan muktamad. Penaklukan Yunani lengkap dengan penawanan Crete sebulan kemudian. Menyusuli kejatuhannya, Yunani Bersekutu telah diduduki oleh angkatan tentera Paksi Jerman, Itali dan Bulgaria.[17]

Hitler kemudian menyalahkan kegagalan pencerobohan Soviet Union, yang terpaksa ditangguhkan, atas kegagalan Mussolini menakluk Yunani.[18] Penjelasan ini untuk kekalahan Jerman yang membawa malang oleh Soviet Union telah disangkal oleh majoriti sejarawan, yang menuduh Hitler cuba menyalahkan kekalahan negaranya kepada sekutu beliau, Itali.[19] Namun ia mempunyai akibat yang serius bagi usaha perang Paksi di kancah Afrika Utara. Von Rintelen menekankan, dari sudut pandangan Jerman, kesilapan strategik kerana tidak menakluk Malta.[20]

Nota

Petikan

Rujukan

Bacaan lanjut

Newspapers
Websites

Pautan luar