Piala Emas CONCACAF



Piala Emas CONCACAF
Ditubuhkan1991
KawasanAmerika Utara, Amerika Tengah & Caribbean (CONCACAF)
Jumlah pasukan12
Juara semasa Mexico (Gelaran ke-12)
Pasukan paling berjaya Mexico (11 Gelaran)
Laman sesawangwww.goldcup.org
Piala Emas CONCACAF 2023

Piala Emas CONCACAF (Sepanyol: Copa de Oro de la CONCACAF) merupakan sebuah kejohanan bola sepak untuk lelaki yang dianjurkan oleh CONCACAF, ditawarkan kepada negara-negara di zon Amerika Utara, Amerika Tengah dan juga Caribbean.

Piala Emas CONCACAF diadakan pada setiap dua tahun sekali. Sebelum tahun 2015, di mana kejohanan ini tidak diadakan pada tahun yang sama dengan Piala Konfederasi FIFA, pemenang atau pasukan yang mempunyai tangga tertinggi sekali dalam CONCACAF dan FIFA, layak secara automatik ke kejohanan seterusnya. Bermula pada tahun 2015, pemenang bagi 2 edisi Piala Emas CONCACAF akan melawan bagi menentukan pasukan yang akan masuk ke Piala Konfederasi FIFA bagi zon CONCACAF. Jika pasukan sama memenangi 2 kejohanan Piala Emas CONCACAF berturut-turut, tidak ada perlawanan diadakan dan pasukan itu secara automatik layak ke Piala Konfederasi FIFA[1].


Sejarah

Sebelum penubuhan

Sebelum penubuhan konfederasi CONCACAF pada tahun 1961, beberapa pertubuhan bola sepak kecil sudah terbentuk di zon ini. Dua pertubuhan penting ialah Confederación Centroamericana y del Caribe de Fútbol (CCCF) yang dibentuk pada tahun 1938 (terdiri daripada negara-negara di zon Amerika Tengah dan kebanyakkan negara dari Caribbean) dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara (NAFC) yang dibentuk pada tahun 1946 (terdiri daripada negara-negara di zon Amerika Utara serta Amerika Syarikat, Mexico, Kanada dan Cuba). Setiap pertubuhan mengadakan kejohanan mereka sendiri iaitu Kejohanan CCCF dan Kejohanan NAFC. CCCF telah menganjurkan 10 edisi kejohanannya pada tahun 1941 sehingga 1961, di mana pasukan Costa Rica memenangi tujuh kejuaraan (1941, 1946, 1948, 1953, 1955, 1960 dan 1961) dan 3 lagi dimenangi oleh pasukan El Savador (1943), Panama (1951) dan Haiti (1957). Manakala bagi NAFC pula, mereka telah menganjurkan 4 edisi kejohanannya pada tahun 1947, 1949, 1990 dan 1991 sebelum pengenalan Piala Emas CONCACAF.

Kejohanan CONCACAF

Selepas penubuhan CONCACAF pada tahun 1961 menggabungkan konfederasi NAFC dan CCCF, satu kejohanan yang menggabungkan kesemua negara di zon CONCACAF telah diadakan 2 tahun kemudian, dengan negara El Savador telah dipilih sebagai tuan rumah pertama (1963). Kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dari tahun 1963 hingga 1971. Pada tahun 1973, kejohanan ini menggunakan format yang sama iaitu enam pasukan bermain di dalam satu kumpulan tetapi kejohanan ini telah digunakan sebagai peringkat kelayakan Piala Dunia FIFA bagi zon CONCACAF. Pasukan yang memenangi kejohanan ini secara automatik layak ke edisi Piala Dunia FIFA.

Era Piala Emas CONCACAF

Pada tahun 1990, CONCACAF sekali lagi mengadakan kejohanan untuk pasukan negara di zon mereka yang dinamakan sebagai Piala Emas CONCACAF (bahasa Inggeris: CONCACAF Gold Cup) dengan negara Amerika Syarikat menjadi tuan rumah pertama kejohanan ini pada tahun 1991 dan juga pemenang pertama bagi kejohanan ini. Manakala pasukan Mexico pula memenangi kejohanan ini tiga kali berturut-turut pada tahun 1993, 1996 dan 1998. Edisi Piala Emas CONCACAF 1996 menyaksikan pasukan pelawat pertama menyertai kejohanan ini iaitu Brazil.

Edisi Piala Emas CONCACAF 2000 pula pasukan-pasukan yang bertanding dinaikkan dari lapan kepada 12 buah pasukan. Pasukan Kanada memenangi kejohanan seterusnya, kejuaraan antarabangsa mereka yang pertama selepas 100 tahun.

Semenjak penubuhan Piala Emas CONCACAF pada tahun 1991, kejohanan ini telah dimenangi sebanyak enam kali oleh pasukan Mexico, lima kali oleh pasukan Amerika Syarikat dan sekali oleh pasukan Kanada. Naib juara termasuklah pasukan Brazil, Colombia, Costa Rica, Honduras dan Panama.


Keputusan

Kejohanan CONCACAF

TahunTuan RumahKedudukan Akhir
JuaraNaib JuaraTempat KetigaTempat Keempat
1963
Butiran

El Salvador

Costa Rica

El Salvador

Antillen Belanda

Honduras
1965
Butiran

Guatemala

Mexico

Guatemala

Costa Rica

El Salvador
1967
Butiran

Honduras

Guatemala

Mexico

Honduras

Trinidad dan Tobago
1969
Butiran

Costa Rica

Costa Rica

Guatemala

Antillen Belanda

Mexico
1971
Butiran

Trinidad dan Tobago

Mexico

Haiti

Costa Rica

Cuba
Tempoh Kelayakan Piala Dunia
1973
Butiran

Haiti

Haiti

Trinidad dan Tobago

Mexico

Honduras
1977
Butiran

Mexico

Mexico

Haiti

El Salvador

Kanada
1981
Butiran

Honduras

Honduras

El Salvador

Mexico

Kanada
1985
Butiran
CONCACAF
(Tiada Tempat Tetap)

Kanada

Honduras

Costa Rica

El Salvador
1989
Butiran
CONCACAF
(Tiada Tempat Tetap)

Costa Rica

Amerika Syarikat

Trinidad dan Tobago

Guatemala

Piala Emas CONCACAF

TahunTuan RumahPerlawanan AkhirPenentuan Tempat Ketiga
JuaraJaringanNaib JuaraTempat KetigaJaringanTempat Keempat
1991
Butiran

Amerika Syarikat

Amerika Syarikat
0–0
(4–3)
(Penalti)

Honduras

Mexico
2–0
Costa Rica
1993
Butiran

Amerika Syarikat

Mexico

Mexico
4–0
Amerika Syarikat

Costa Rica

Jamaica
1–1
(Masa tambahan)(1)
1996
Butiran

Amerika Syarikat

Mexico
2–0
Brazil

Amerika Syarikat
3–0
Guatemala
1998
Butiran

Amerika Syarikat

Mexico
1–0
Amerika Syarikat

Brazil
1–0
Jamaica
TahunTuan RumahPerlawanan AkhirSeparuh Akhir
JuaraJaringanNaib JuaraSeparuh AkhirSeparuh Akhir
2000
Butiran

Amerika Syarikat

Kanada
2–0
Colombia

Peru

Trinidad dan Tobago
TahunTuan RumahPerlawanan AkhirPenentuan Tempat Ketiga
JuaraJaringanNaib JuaraTempat KetigaJaringanTempat Keempat
2002
Butiran

Amerika Syarikat

Amerika Syarikat
2–0
Costa Rica

Kanada
2–1
Korea Selatan
2003
Butiran

Amerika Syarikat

Mexico

Mexico
1–0
(Masa tambahan)

Brazil

Amerika Syarikat
3–2
Costa Rica
TahunTuan RumahPerlawanan AkhirSeparuh Akhir
JuaraJaringanNaib JuaraSeparuh AkhirSeparuh Akhir
2005
Butiran

Amerika Syarikat

Amerika Syarikat
0–0
(Masa tambahan)
(3–1)
(Penalti)

Panama

Colombia

Honduras
2007
Butiran

Amerika Syarikat

Amerika Syarikat
2–1
Mexico

Kanada

Guadeloupe
2009
Butiran

Amerika Syarikat

Mexico
5–0
Amerika Syarikat

Costa Rica

Honduras
2011
Butiran

Amerika Syarikat

Mexico
4–2
Amerika Syarikat

Honduras

Panama
2013
Butiran

Amerika Syarikat

Amerika Syarikat
1–0
Panama

Honduras

Mexico
TahunTuan RumahPerlawanan AkhirPenentuan Tempat Ketiga
JuaraJaringanNaib JuaraTempat KetigaJaringanTempat Keempat
2015
Butiran

Amerika Syarikat

Kanada

Mexico
3–1
Jamaica

Panama
1–1
(Masa tambahan)
(3–2)
(Penalti)

Amerika Syarikat
TahunTuan RumahPerlawanan AkhirSeparuh Akhir
JuaraJaringanNaib JuaraSeparuh AkhirSeparuh Akhir
2017
Butiran

Amerika Syarikat

Amerika Syarikat
2–1
Jamaica

Costa Rica

Mexico
2019
Butiran

Amerika Syarikat

Costa Rica

Jamaica

Mexico
1–0
Amerika Syarikat

Haiti

Jamaica
2021
Butiran

Amerika Syarikat

Amerika Syarikat
1–0
(Masa tambahan)

Mexico

Kanada

Qatar
2023
Butiran

Kanada

Amerika Syarikat

Mexico
1–0
Panama

Jamaica

Amerika Syarikat

(pasukan jemputan dalam tulisan condong)

1 Costa Rica dan Jamaica seri 1–1 selepas masa tambahan dan berkongsi tempat ketiga.

Prestasi mengikut negara

PasukanJuaraNaib JuaraTempat KetigaTempat KeempatSeparuh Akhir
 Mexico12 (1965, 1971, 1977, 1993, 1996, 1998, 2003, 2009, 2011, 2015, 2019, 2023)3 (1967, 2007, 2021)4 (1973, 1981, 1991, 2013)1 (1969)2 (2013, 2017)
 Amerika Syarikat7 (1991, 2002, 2005, 2007, 2013, 2017, 2021)7 (1989, 1993, 1998, 2009, 2011, 2019)2 (1996, 2003)1 (2015)1 (2023)
 Costa Rica3 (1963, 1969, 1989)1 (2002)4 (1965, 1971, 1985, 1993)2 (1991, 2003)2 (2009, 2017)
 Kanada2 (1985, 2000)1 (2002)2 (1977, 1981)2 (2007, 2021)
 Honduras1 (1981)2 (1985, 1991)1 (1967)2 (1963, 1973)4 (2005, 2009, 2011, 2013)
 Guatemala1 (1967)2 (1965, 1969)2 (1989, 1996)
 Haiti1 (1973)2 (1971, 1977)1 (2019)
 Panama3 (2005, 2013, 2023)1 (2015)1 (2011)
 El Salvador2 (1963, 1981)1 (1977)2 (1965, 1985)
 Jamaica2 (2015, 2017)1 (1993)1 (1998)2 (2019, 2023)
 Brazil2 (1996, 2003)1 (1998)
 Trinidad dan Tobago1 (1973)1 (1989)1 (1967)1 (2000)
 Colombia1 (2000)1 (2005)
 Antillen Belanda2 (1963, 1969)
 Korea Selatan1 (2002)
 Cuba1 (1971)
 Qatar1 (2021)
 Guadeloupe1 (2007)
 Peru1 (2000)

Kelayakan negara

Amerika Utara

  • Layak secara automatik, 3 buah pasukan.

Amerika Tengah

  • Layak berdasarkan keputusan daripada kejohanan Copa Centroamericana, 5 buah pasukan teratas.

Caribbean

  • Layak berdasarkan keputusan daripada kejohanan Piala Caribbean, 4 buah pasukan teratas.

Lihat juga


Rujukan

Pautan luar