Pilihan raya umum Liberia 2017

Satu pilihan raya umum telah diadakan di Liberia pada 10 Oktober 2017 bagi memilih Presiden dan ahli-ahli Dewan Perwakilan yang baru. Tiada calon yang berjaya memenangi majoriti dalam pusingan pertama pengundian presiden, oleh itu dua calon terakhir – George Weah dari Pakatan untuk Perubahan Demokratik dan Timbalan Presiden Joseph Boakai dari Parti Perpaduan telah bertanding untuk pusingan kedua yang diadakan pada 26 Disember. Pada asalnya, pusingan kedua pengundian dijadualkan untuk diadakan pada 7 November,[1] tetapi ditunda selepas Charles Brumskine dari Parti Kebebasan, yang mendapat tempat ketiga dalam pusingan pertama pengundian, mencabar keputusan di Mahkamah Agung.[2] Mahkamah tersebut memutuskan permohonan itu ditolak dan pengundian di pusingan pertama adalah berjaya.[3] Weah berjaya mendapat majoriti dengan undian melebihi 60%.[4]

Pilihan raya umum Liberia 2017

← 201110 Oktober 2017 (pusingan pertama)
26 Disember 2017 (pusingan kedua)
2023 →
 
CalonGeorge WeahJoseph Boakai
PartiCDCParti Perpaduan (Liberia)
Calon pasanganJewel TaylorEmmanuel Nuquay
Undian popular732,185457,579
Peratusan61.5%38.5%

Kaunti yang dimenangi dalam pusingan kedua

Presiden sebelum pilihan raya

Ellen Johnson Sirleaf
Parti Perpaduan (Liberia)

Terpilih

George Weah
Pakatan untuk Perubahan Demokratik

Pilihan raya itu diselia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Negara (NEC) dan merupakan pilihan raya pertama yang dijalankan sepenuhnya oleh Pemerintah Liberia dan angkatan keselamatan sejak tamatnya perang saudara pada 2013.[5]

Rujukan