Palam dan soket AC domestik

(Dilencongkan dari Plag dan soket AC domestik)

Palam dan soket AC domestik merujuk kepada peranti yang digunakan untuk menyambungkan peralatan elektrik kepada bekalan elektrik sesalur dalam sesebuah rumah terdiri daripada suatu penyambung elektrik "jantan" dengan pin cerucuk – "palam" atau "plag" – yang disambungkan ke alur "betina" atau soket yang bersesuaian.

Soket dinding, (kadang kala dikenali sebagai mata soket atau mata kuasa[1][2]) adalah bahagian penyambung elektrik "betina" dengan alur atau lubang untuk memuatkan pin palam serta menghantar arus elektrik kepada palam yang dimasukkan. Soket direka untuk menerima hanya jenis palam yang berpadanan serta menolak jenis-jenis palam yang lain.

Tiga penyambung

Sesentuh mungkin diperbuat daripada keluli atau loyang, dan boleh jadi saduran zink, timah atau nikel. Setiap soket mempunyai sama ada dua atau tiga wayar penyambung:

  • Wayar hidup (juga dikenali sebagai wayar fasa) - membawa arus ulang-alik dari punca kuasa ke beban.
  • Wayar neutral - mengembalikan arus elektrik ke punca kuasa.
  • Wayar bumi - bertujuan hanya untuk mengangkut arus elektrik bocor ke bumi apabila berlaku kebocoran arus elektrik akibat kegagalan penebat; jika tiada kebocoran arus elektrik, wayar ini tidak membawa sebarang arus elektrik. Ia biasanya disambungkan ke bahagian bekas logam serta bahagian peralatan lain yang mungkin bersentuhan dengan manusia. Gangguan elektromagnetik serta pelindung kejutan elektrik membuang cas elektrik yang tidak dikehendaki melalui wayar bumi. Tidak semua sistem pendawaian elektrik dibumikan.

Palam berkutub

Palam dan soket berkutub adalah jenis yang direka untuk disambungkan pada orientasi yang betul sahaja, supaya penyambung hidup dan neutral pada peralatan elektrik hanya bersambung dengan penyambung yang betul di dalam soket. Pengutuban dikekalkan oleh saiz, bentuk dan/atau kedudukan pin palam serta lubang soket bagi memastikan sesuatu palam hanya boleh dimasukkan sehala sahaja ke dalam soket. Ia adalah supaya suis, misalnya, hanya mengendalikan wayar hidup di dalam litar. Jika wayar neutral pula yang dikendalikan, walaupun peralatan elektrik tersebut sudah tidak diaktifkan akibat litar terbuka, pendawaian dalamannya masih lagi diuja. Ia boleh mengakibatkan kejutan elektrik jika peralatan tersebut dibuka, kerana badan manusia boleh membentuk litar elektrik — laluan voltan yang berbeza daripada voltan pada wayar hidup. Dalam sesetengah peralatan dengan unsur pemanas seperti pemanggang roti, kekutuban songsang boleh menyebabkan elemen pemanas menjadi hidup walaupun ketika sejuk, mendedahkan pengguna kepada kejutan elektrik walaupun peralatan tersebut tidak ditanggalkan.

Sejarah

Semasa elektrik mula diperkenalkan untuk kegunaan rumah, ia asalnya digunakan untuk pencahayaan sahaja. Pada masa itu, kebanyakan syarikat pembekal elektrik mengendalikan sistem tarif berasingan di mana bayaran untuk kegunaan pencahayaan lebih rendah daripada tujuan lain. Ia membawa kepada rekaan peralatan elektrik mudah alih (seperti pembersih hampagas, kipas elektrik serta pengering rambut) yang disambung ke soket lampu.

U.S. Patent 774,250 . Palam dan soket elektrik pertama.

Walau bagaimanapun, setelah tenaga elektrik menjadi kaedah utama bagi pencahayaan rumah serta pengendalian peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga buruh, satu bentuk sambungan ke bekalan elektrik selain dari soket lampu amat diperlukan. Palam dan soket 2 pin asal dicipta oleh Harvey Hubbell dan dipatenkan pada tahun 1904. Pengeluar lain mula mengguna pakai rekaan Hubbell dan menjelang tahun 1915 penggunaannya semakin meluas, walaupun pada tahun-tahun 1920an malah lebih lama lagi, sesetengah peralatan rumah serta komersial masih menggunakan soket lampu jenis skru Edison.[3][4][5]

Palam 3 pin dicipta oleh Philip F. Labre, semasa beliau masih menuntut di Sekolah Kejuruteraan Milwaukee (MSOE). Ciptaan ini diilhamkan dari pengalamannya yang sering terkena kejutan elektrik memalamkan kipasnya yang asyik dilanggar seekor kucing milik tuan rumahnya semasa datang dari arah tingkap; Labre mendapati bahawa jika palam tersebut dibumikan, arus elektrik akan pergi ke bumi dan bukannya ke badan tuan rumahnya. Beliau memohon dan seterusnya diberikan paten bagi palam dan soket yang dibumikan pada 5 Jun 1928.[6] Setelah keperluan bagi pemasangan yang lebih selamat menjadi semakin ketara, sistem 3 pin yang dibumikan diwajibkan di kebanyakan negara industri.

Piawaian

Peta dunia mengikut voltan/frekuensi.
Peta dunia mengikut jenis palam.

Terdapat dua piawaian asas bagi voltan dan frekuensi bekalan elektrik domestik di dunia. Salah satu daripadanya ialah piawaian Amerika Utara dengan voltan 110-120 volt serta frekuensi 60 Hz, yang menggunakan palam jenis A dan B, manakala satu lagi ialah piawaian Eropah dengan voltan 220-240 volt pada 50 Hz, yang menggunakan palam jenis C hingga M. Perbezaan atas sebab sejarah akan dibincangkan di dalam rencana Bekalan elektrik sesalur.

Negara pada benua lain mengguna pakai salah satu daripada dua piawaian voltan tersebut, walaupun sesetengah negara menggunakan variasi atau campuran antara kedua-dua piawaian tersebut. Peta yang dilampirkan menunjukkan jenis palam yang berbeza serta voltan dan frekuensi bekalan elektrik yang digunakan di seluruh dunia,[7] diberikan kod warna bagi memudahkan rujukan.

Jenis palam dan soket

Rekaan palam dan soket elektrik mungkin berbeza di setiap negara mengikut bentuk, saiz serta jenis penyambung. Jenis yang digunakan di setiap negara ditetapkan oleh badan penguatkuasa piawaian kebangsaan masing-masing, misalnya SIRIM di Malaysia.[8] Dalam rencana ini, jenis palam dilabelkan mengikut kod huruf dari penerbitan kerajaan A.S [1], ditambah dengan komen pendek yang menyatakan negara asal serta bilangan sesentuh.

Secara umumnya, Kelas IEC merujuk kepada pengkelasan peralatan elektrik sama ada ia dibumikan atau tidak, serta darjah penebatan yang digunakan. Misalnya, Kelas I merujuk kepada peralatan yang dibumikan, manakala Kelas II merujuk kepada peralatan tidak dibumikan yang dilindungi dengan dua lapisan penebat.

Perbandingan jenis palam

JenisPiawaian palamKadaran kuasaPembumianPengutubanFius
ANEMA 1–15 tidak berkutub15A/125VTidakTidakTidak
NEMA 1–15 berkutub15A/125VTidakYaTidak
JIS C 8303, Kelas II15A/100VTidakTidakTidak
BNEMA 5–1515A/125VYaYaTidak
NEMA 5–2020A/125VYaYaTidak
JIS C 8303, Kelas I15A/100VYaYaTidak
CCEE 7/16 (Europlug)2.5A/250VTidakTidakTidak
CEE 7/1716A/250VTidakTidak1Tidak
Palam Soviet6A/250VTidakTidakTidak
DBS 546 (2 pin)2A/250V
5A/250V = BS 4573
TidakTidakTidak
BS 546 (3 pin)2A/250V
5A/250V
15A/250V = SABS 164
30A/250V
YaYaTidak
ECEE 7/516A/250VYaYaTidak
FCEE 7/4 (Schuko)16A/250VYaTidakTidak
E+FCEE 7/716A/250VYaYa2Tidak
GBS 1363, IS 401 & 411, MS 589, SS 14513A/230-240VYaYaYa
HSI 3216A/250VYaYaTidak
IAS/NZS 311210A/240V
20A/240V
25A/240V
32A/240V
Ya dan
tidak
YaTidak
CPCS-CCC10A/250VYaYaTidak
IRAM 207310A/250VYaYaTidak
JSEV 101110A/250V
16A/250V
YaYaTidak
KSection 107-2-D113A/250VYaYaTidak
Thailand TIS 166 – 254913A/250VYaYaTidak
LCEI 23-16/VII10A/250V
16A/250V
YaTidakTidak
IEC 60906-1 (2 pin)16A/250VTidakTidakTidak
IEC 60906-1 (3 pin)16A/250VYaYaTidak

1 Terdapat beberapa palam CEE 7/17 dengan bentuk khas yang berkutub apabila digunakan pada soket Perancis jenis E
2 Palam hanya boleh dimasukkan sehala sahaja dengan soket Perancis jenis E, tetapi ketiadaan panduan pendawaian bererti jenis ini tidak berkutub dalam amalan biasa

Kod warna

Warna wayar piawai bagi kabel boleh lentur
(Contoh: Wayar peralatan elektrik)
Kawasan, negara
atau entiti lain
HidupNeutralBumi
EU, Australia, Afrika Selatan dan Malaysia (IEC 60446)perangbiruhijau & kuning
Australia & New Zealand (AS/NZS 3000:2000 3.8.1)merahhitamhijau / kuning
Amerika Syarikat dan KanadaHitam (loyang)putih (perak)hijau (hijau)
Warna wayar piawai bagi kabel tetap
(kabel pendawaian elektrik)
KawasanHidupNeutralBumi
EU (IEC 60446) termasuk UK mulai 31 Mac 2004perangbiruhijau & kuning
Australia dan Afrika Selatanmerahhitamhijau & kuning (teras biasanya tidak bertebat dan perlu disarungkan pada terminal. Di Australia teras bumi ditebat berasingan dengan plastik hijau/kuning sejak lebih kurang tahun 1980.
Amerika Syarikat dan Kanadahitam, merah, biru (loyang)putih (perak)hijau (hijau)
atau wayar tembaga tanpa penebat
Malaysiamerah / biru / kuninghitamhijau / hijau belang kuning
Nota: Warna dalam jadual ini mewakili warna piawaian yang paling lazim serta paling banyak digunakan bagi pendawaian fasa tunggal, tetapi kod warna lain mungkin turut digunakan, terutamanya pada pendawaian bangunan lama.

Lihat juga

Pautan luar

Rujukan