Polis Israel

Polis Israel (Ibrani: משטרת ישראל, rumi: Mišteret Yisra'el; Arab: شرطة إسرائيل, rumi: Shurtat Isrāʼīl) ialah pasukan polis awam bagi Israel. Seperti kelaziman, tugasan-tugasan Polis Israel termasuk pembendungan jenayah, kawalan trafik, penjagaan keselamatan awam, dan penentangan aktiviti terorisme. Polis Israel berada di bawah pentadbiran Kementerian Keselamatan Awam.[3] Ibu pejabat rasmi polis terletak di Kiryat HaMemshala, Jerusalem.[4]

Polis Israel
משטרת ישראל
شرطة إسرائيل
Intisari agensi
Ibu pejabatIbu Pejabat Kebangsaan Polis Israel – Kiryat HaMemshala
Kakitangan35,000[1]
Belanjawan tahunan8.383 bilion NIS (2010)[2]
Eksekutif Agensi
  • Kobi Shabtai, Pesuruhjaya Polis
Laman sesawang
http://www.police.gov.il/

Polis Israel mengawal keseluruhan Israel, Kawasan C Tebing Barat serta Dataran Tinggi Golan,[5] yakni di seluruh kawasan yang memiliki kawalan awam Israel.[6][7] Ini ialah satu-satunya penguatkuasa undang-undang Israel; Israel tiada badan polis di peringkat bawahan sungguhpun beberapa pentadbir-pentadbir tahap bahawan menguruskan undang-undang secara terhad tanpa kewibawaan setaraf polis.[8]

Rujukan

Pautan luar